SIRI JALAN KE NERAKA: GEMAR BEKATA BOHONG
Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Ada empat perkara yang sesiapa terdapat pada dirinya (empat perkara tersebut) maka, dia adalah seorang munafik tulen, dan sesiapa yang ada pada dirinya hanya salah satu diantaranya, maka pada dirinyatelah ada suatu sifat kemunafikan sampai dia meninggalkannya, iaitu: Apabila diberikan amanat dia berkhianat, apabila berbicara maka dia berdusta, apabila dia membuat perjanjian, maka dia berbuat keji.” (Muttafaq alaih)
Jika merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka dusta bermaksud kata-kata tidak benar yang dikeluarkan oleh seseorang. Manakala dalam Islam, ramai ulama’ telah memberikan definisi akan apa itu berdusta atau berbohong. Antaranya seperti yang dimaklumkan dalam portal rasmi mufti Wilayah Persekutuan iaitu Irsyad Fatwa dimana Al-Imam al-Jurjani dalam kitab Syarh Mi’ah al-Maani al-Jurjani menyebut berbohong atau menipu sesuatu perkhabaran ialah memberitahu khabar yang tidak bertepatan dengan realiti (waqi’) yang berlaku. Selain itu, Ibnu Hajar dalam kitab Fath Al-Bari syarh sahih Bukhari memberikan definisi bahawa berbohong atau berdusta ialah memberitahu suatu perkara yang tidak bertepatan dengan apa yang ada padanya samada sengaja atau tidak sengaja.
Dalam Islam terdapat juga satu keadaan yang dipanggil tauriah. Menurut Irsyad Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, tauriah ialah Seseorang yang mengungkapkan suatu lafaz yang mempunyai dua makna. Pertama makna dekat dan jelas yang mudah difahami (ditangkap oleh akal). Kedua, makna jauh dan samar yang tidak mudah difahami oleh akal. Namun, yang kehendaki daripada lafaz tersebut adalah makna jauh dan dia menyembunyikan perkara yang zahir dengannya. Sebagai contoh, Ali meminta Abu meminjamkannya satu ringgit tapi Ali menyatakan bahawa dia tidak memiliki satu ringgit, namun dia memiliki jumlah wang yang lain seperti lima ringgit atau sepuluh ringgit. Maka dalam Islam tauriah ini dibenarkan sekiranya mengikut kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Berbalik kepada isu gemar bersdusta, Al- Imam Az-Zahabi telah menyenaraikan perkara ini sebagai salah satu dosa besar dalam kitabnya Al-Kabaiir. Banyak amaran dan ancaman daripada Allah dan Rasul kepada mereka yang gemar berbohong atau berdusta dalam berkata-kata. Bahkan laknak Allah ditimpakan kepada mereka yang gemar berdusta meskipun sekadar gurauan. Allah SWT berfirman dalam surah Ali- Imran ayat 61 yang bermaksud:
“Kemudian , marilah kita bermuhabalah kepada Allah lalu kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta”
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“ Sesungguuhnya, dusta membawa kepada perbuatan keji membawa kepada neraka. Seseorang lelaki yang berterusan dusta akan dicatatkan disisi Allah sebagai seorang pendusta.