• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Rezeki

    • Home
    • Blog
    • Rezeki
    • TERLALU KENYANG MATIKAN HATI

    TERLALU KENYANG MATIKAN HATI

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Rezeki
    • Date November 15, 2022

    “Kekenyangan membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan, membuat sering tidur dan lemah untuk beribadah”, Siyar A’lam al-Nubala, 8/248. Allah SWT telah mengurniakan pelbagai nikmat untuk hamba-hambaNya yang tidak terkira. Antara nikmat yang pasti dirasai kebanyakan orang adalah nikmat makanan yang membuatkan seseorang menjadi kenyang dan gembira.

    Namun, apabila seseorang manusia itu menikmati makanan secara berlebihan dan tidak menjaga perutnya, maka perkara itu akan membawa kemudaratan kepadanya. Allah SWT mencegah perbuatan ini dalam FirmanNya, Surah Al-A‘raf (31), maksudnya: “Dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah SWT tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”

    Dinukilkan juga di dalam kitab Hidayah Al-Salikin Fi Suluki Maslaki Al-Muttaqin karangan Tuan Syeikh Abdu Al-Shamad Al-Falimbani bahawa kadar makan yang dipuji oleh syarak ialah memakan sekadar untuk menguatkan ibadah kepada Allah SWT disusuli dengan memakan sekadar sehari semalam yakni setengah daripada seperempat gantang fitrah seperti yang diadatkan oleh Saiyidina Umar bin al-Khattab AS. Diikuti pula dengan memakan sehari semalam yakni seperempat gantang fitrah. Jika memakan lebih daripada kadar-kadar ini, ia memungkinkan seseorang untuk kurangnya amal ibadah akibat malas dan mengantuk. 

    Persis sabda Rasulullah SAW, maksudnya, “Tiada ruang yang manusia isi yang lebih buruk daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam memakan beberapa suapan untuk menegakkan tulang sulbinya. Namun, jika dia tidak dapat mengelaknya, maka hendaklah dia membahagikan sepertiga perutnya (diisi) untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga lagi untuk nafasnya”, Riwayat al-Tirmidzi (2380).

    Sudah terang lagi bersuluh, apabila seseorang tidak menjaga perutnya sudah pasti akan mengakibatkan kemudaratan dan komplikasi-komplikasi yang negatif. Antaranya ialah akan menyebabkan hati menjadi keras kerana malas beribadah. Terlalu kenyang juga akan mengurangkan kecerdasan kefahaman dan pengetahuan dek kerana mudah mengantuk ketika ingin menumpukan perhatian terhadap sesuatu ilmu pembelajaran. 

    Selain daripada itu, tidak menjaga perut dengan kenyang secara berlebihan ini akan membawa kepada ancaman ke atas tubuh badan dan akal fikiran seseorang. Hal ini demikian kerana ianya akan mengakibatkan seseorang sukar untuk melakukan pergerakan di dalam solat seperti berdiri lama, bersujud dan ruku’ dan sekaligus membawa kepada pelbagai seribu satu penyakit fizikal yang datangnya daripada perut. Rentetan daripada itu, makan secara berlebihan akan memberi kesan kepada kurangnya rasa nikmat seronok dalam beribadah kerana termengah-mengah ketika sedang melaksanakan ibadah solat. 

    Tuntasnya, bersederhanalah dalam menikmati nikmat Allah SWT ini. Nikmat kenyang perlulah sentiasa berlandaskan iman dan takwa kepada Allah SWT. Makan terlalu kenyang pastinya akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri dan ahli keluarga dan menjauhkan kita daripada menuju ke jalan Allah SWT. Marilah kita hayati sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud, “Yang terlebih afdal pada Allah SWT itu iaitu orang yang banyak lapar dan banyak tafakkur. Dan yang terlebih benci kepada Allah SWT itu iaitu orang yang banyak makan dan banyak tidur dan banyak minum”.

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    TAKSUB
    November 15, 2022

    Next post

    KESAN MAKAN YANG HARAM
    November 17, 2022

    You may also like

    P. 1
    BERSYUKURLAH, REZEKI ALLAH SUDAH TETAPKAN
    7 September, 2023
    Usaha Dengan Tangan sendiri
    Usaha Dengan Tangan Sendiri
    31 July, 2023
    asyura
    SAHIHKAH TRADISI BUBUR ASYURA DI BULAN MUHARRAM
    11 July, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.