YAHUDI BANGSA TANPA NEGARA
KEINGKARAN YAHUDI TERHADAP NABI MUSA –عليه السلام-
BANI Israel ataupun golongan Yahudi pernah mendiami Mesir. Ketika berada di bawah pemerintahan Firaun, golongan Bani Israel di tindas dan mereka hidup dalam kesengsaraan. Allah -سبحانه وتعالى- kemudiannya memerintahkan Nabi Musa -عليه السلام- untuk menyelamatkan kaum Bani Israel dan mengeluarkan mereka daripada cengkaman Firaun yang jahat dan zalim.
Firman Allah -سبحانه وتعالى- :
﴿وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِي إِنَّكُمْ مُتَّبَعُونَ٥٢﴾ [الشعراء: 52]
Maksudnya : «(Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)”(52)»
Menurut Tafsir Ibnu Katsir, Nabi Musa -عليه السلام- diperintahkan supaya membawa keluar Bani Israel pada waktu malam dari Kota Mesir. Bani Israel kemudiannya tiba di pinggir Laut Qulzum (Laut Merah),[1] dan dibelakang mereka terdapat bala tentera Firaun yang semakin menghampiri.
Allah -سبحانه وتعالى- mewahyukan kepada Nabi Musa supaya memukulkan tongkat Baginda ke lautan, lalu lautan tersebut terbelah dan Bani Israel dapat menyeberanginya dengan selamat.
Setelah Allah -سبحانه وتعالى- menyelamatkan Bani Israel daripada Firaun dan menampakkan mukjizat yang agung dihadapan mata mereka, kebanyakan daripada mereka tidak beriman dan mendustakan Nabi mereka. Malah mereka juga menyembah patung anak sapi yang dibuat sendiri serta mensyirikkan Allah.
SIKAP YAHUDI YANG DINYATAKAN AL-QURAN
Golongan Yahudi merupakan kaum yang ditimpa azab sehingga hari kiamat kerana keingkaran mereka kepada Allah. Sejarah mengungkapkan kepada kita bahawa Yahudi pernah diazab dengan dijadikan mereka sebagai kera.[2]
Tafsir fi Zilal menjelaskan, “mereka telah menolak sifat keinsanan yang paling istimewa, iaitu ciri daya iradat atau kemahuan yang mengawal keinginan nafsunya. Mereka kembali ke alam haiwan apabila mereka melucutkan diri dari ciri-ciri kemanusiaan lalu mereka diperintahkan Allah supaya mereka menjadi makhluk yang hina dan kembali ke alam haiwan yang mereka sukai”.
Generasi pewaris anak cucu mereka pula merupakan orang-orang yang membaca, mengetahui dan alim tentang segala isi Taurat, akan tetapi mereka menyalahi hukum-hukum yang terdapat di dalamnya, tidak beramal dengan isi Taurat dan melanggar larangan-larangannya.
Antara lain, menurut Tafsir al-Munir, diantara sifat buruk mereka ialah materialisme yang berlebihan. Mereka mengumpulkan kekayaan, baik dengan cara yang halal mahupun haram kerana terlalu tamak dan rakus dengan dunia. Apabila datangnya godaan-godaan dunia, seperti rasuah, riba’ dan usaha-usaha yang keji, mereka akan mengambilnya. Lalu mereka mendakwa bahawa dosa-dosa mereka akan diampuni walaupun mereka tetap berada dalam kemaksiatan.
Sifat golongan Yahudi banyak disebutkan dalam al-Quran. Mereka adalah orang yang mempunyai sifat tamak yang tinggi terhadap dunia[3], takut terhadap kebenaran[4], menganggap diri mereka bangsa pilihan yang dikasihi Tuhan dan sifat rasis yang tinggi[5], suka bermusuh[6] serta suka menceroboh negara orang lain[7].
INGKAR PERINTAH ALLAH PUNCA PORAK-PERANDA
Menurut Tafsir Fi Zilal, seluruh Bani Israel telah di timpa laknat Allah yang abadi kecuali mereka yang beriman kepada Nabi Muhammad -صلى الله عليه وسلم- yang ummi dan mengikuti ajarannya. Laknat itu ditimpakan ke atas mereka dengan sebab perbuatan-perbuatan maksiat yang tidak putus-putus dilakukan mereka.
Firman Allah -سبحانه وتعالى- dalam Surah al-A’raf ayat ke 167 :
﴿وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكَ لَيَبْعَثَنَّ عَلَيْهِمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَنْ يَسُومُهُمْ سُوءَ الْعَذَابِ إِنَّ رَبَّكَ لَسَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ١٦٧﴾ [الأعراف: 167]
Maksudnya : «Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani(167)»
Berkenaan ayat ini, Ibnu Katsir menyatakan golongan Yahudi akan sentiasa ditimpa dengan azab sehingga hari kiamat disebabkan oleh kemaksiatan serta perlanggaran yang mereka lakukan terhadap perintah dan syariat Allah -سبحانه وتعالى-[8] , serta mereka juga merencanakan tipu muslihat untuk dapat melakukan hal-hal yang dilarang.
Kehinaan yang diterima oleh golongan Yahudi akibat kederhakaan mereka kepada Allah dan Rasul mereka bukan sekadar itu, bahkan Allah -سبحانه وتعالى- menjadikan mereka golongan yang berserakan di muka bumi. Mereka merupakan suatu kaum yang berkelompok-kelompok dan hidup tercerai berai di berbagai pelosok bumi.[9] Firman Allah -سبحانه وتعالى- :
﴿وَقَطَّعْنَاهُمْ فِي الْأَرْضِ أُمَمًا مِنْهُمُ الصَّالِحُونَ وَمِنْهُمْ دُونَ ذَلِكَ وَبَلَوْنَاهُمْ بِالْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ١٦٨﴾ [الأعراف: 168]
Maksudnya : «Dan Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini. Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga yang tidak demikian. Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat)(168)»
Zaman awal 90-an mempertontonkan kepada dunia tentang penolakan negara-negara terhadap pelarian-pelarian Yahudi seperti di Amerika, Cuba, Eropah, Jerman dan sebagainya. Seperti mana yang tercatat dalam sejarah, mereka menjadi orang buangan di Babylon, serta dibunuh dalam Holocaust.

AMARAN KEPADA KAUM MUSLIMIN
Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa sifat tercela yang terdapat pada golongan Yahudi juga terdapat pada kaum Muslimin. Sepertimana yang diriwayatkan dari Mu’az bin Jabal -رضي الله عنه- ia berkata :
“Al-Quran itu akan usang di dada ramai orang, sebagaimana usangnya pakaian, sehingga ia menjadi tidak banyak berguna. Mereka membaca al-Quran namun mereka tidak mendapatkan kenikmatan dan kelazatannya. Mereka pakaikan kulit kambing pada hati-hati serigala. Pekerjaan mereka rakus, tidak tercampur rasa takut. Jika mereka kurang dalam beramal, mereka mengatakan : “kita akan sampai”. Dan jika mereka berbuat buruk , mereka mengatakan, “kita akan diampuni, kerana kita tidak menyekutukan Allah –سبحانه وتعالى- dengan apa pun”.[10]
Setiap muslim perlu berusaha menjadikan al-Quran sebagai satu cara hidup, mempelajari, memahami, berhujah, berpegang, menegakkan hukum-hakam didalamnya, serta beramal dengannya agar kita tidak termasuk dalam kalangan manusia yang dicela oleh Allah sebagaimana yang berlaku ke atas golongan Yahudi.
Manusia yang lalai dan hanyut dengan arus duniawi pasti tidak akan menemui jalan kebahagiaan meskipun memiliki segala jenis kekayaan mahupun berada di puncak kekuasaan.
PENGAKHIRAN GOLONGAN YAHUDI
Imam Ibnu Katsir turut menyatakan bahawa pada akhirnya golongan Yahudi akan keluar sebagai pendokong Dajjal, sehingga mereka diperangi oleh kaum muslimin bersama Nabi Isa bin Maryam -عليهما السلام-, iaitu pada pada akhir zaman.
[1] Ibnu Katsir. Abu al-Fida’ Ismail bin Umar bin Katsir al-Qurasyi al-Basri al-Dimasyqi. 2023. Lubabut Tafsir Min Ibni Katsir. Tahqiq : Abdullah bin Muhammad bin Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh. Terj: M.Abdul Ghoffar E.M. Jakarta : Pustaka Imam Asy-Syafi’i. 6/537.
[2] Surah al-A’raf ayat 166.
[3] Rujuk Surah al-Baqarah ayat ke 96.
[4] Rujuk Surah al-Maidah ayat 21-22.
[5] Rujuk Surah al-Jumu’ah ayat 6.
[6] Rujuk Surah al-Maidah ayat 82.
[7] Rujuk Surah al-Isra’ ayat 4.
[8] Ibnu Katsir. Abu al-Fida’ Ismail bin Umar bin Katsir al-Qurasyi al-Basri al-Dimasyqi. 2023. Lubabut Tafsir Min Ibni Katsir. Tahqiq : Abdullah bin Muhammad bin Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh. Terj: M.Abdul Ghoffar E.M. Jakarta : Pustaka Imam Asy-Syafi’i. 3/651.
[9] Wahbah az-Zuhaili. 2005. At-Tafsir al-Munir Aqidah, Syari’ah, dan Manhaj. Terj: Abdul Hayyie al-Kattani dkk. Jakarta : Gema Insani. 5/151
[10] Ruj: Sunan al-Darimi hadis ke 3389. Abu Muhammad Abd Allah bin Abd al-Rahman bin Al-Fadl bin Bahram bin Abd al-Somad al-Darimi al-Tamimi al-Samarqandi. 2000. Sunan al-Darimi. Tahqiq : Husain Salim Asad al-Darani. Saudi : Dar al-Mughni li al-Nashr wa al-Tauzi’. 4/2107. Terj1: Tafsir al-Munir Jilid 5: Aqidah, Syari’ah, dan Manhaj. Jakarta : Gema Insani. 5/156. Terj2: https://ustadzrofii.files.wordpress.com/2011/04/tanda-hari-kiamat-bag-5-aqi-180208fnl1.pdf