• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Wanita

    • Home
    • Blog
    • Wanita
    • LAWAK LUCAH? MANA HARGA DIRI.

    LAWAK LUCAH? MANA HARGA DIRI.

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Wanita
    • Date September 29, 2022

    “Seseorang yang beriman itu bukanlah daripada golongan yang suka mengaibkan orang lain, bukan daripada golongan yang melaknat orang lain, bukan daripada golongan yang suka mencarut, dan bukan juga daripada golongan yang suka berkata keji dan buruk.” Riwayat Tirmizi: 1977.

    Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, ‘lucah’ bermaksud kehinaan, kejian, tidak sopan yang dikaitkan dengan perempuan seperti pelacur dan kecabulan. Hukum berjenaka ‘lucah’ dan membuat lawak rogol  pula menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri Ke 636: Hukum berjenaka lucah dan lawak tentang rogol, menurutnya, hukumnya adalah haram dalam Islam kerana ia mengancam keselamatan emosi dan mental orang yang ditujukan lawak tersebut.

    Baginda S.A.W sering mengingatkan umatnya agar sentiasa berkata baik daripada terjebak kepada percakapan yang lagha apatah lagi mengguris hati orang lain. Sabda baginda S.A.W, maksudnya, “Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata-kata yang baik ataupun diam”, Riwayat al-Bukhari, 6475.

    Penderaan Emosi Dan Mental Keatas Mangsa

    Setiap tutur kata seseorang sememangnya akan memberikan kesan kepada orang lain. Walaupun mungkin sesuatu perkara itu dianggap kecil dan remeh namun jika kata-kata itu menyakitkan, ia akan memberikan kesan yang sangat besar kepada orang lain.

    Antara kesan-kesan terhadap mangsa gurauan lawak lucah mahupun lawak rogol ialah mangsa akan merasa malu dan serba salah. Kendatipun mangsa tidak melakukan sebarang kesalahan, namun mereka percaya bahawa merekalah yang membenarkan individu lain menyerang mereka secara seksual mahupun verbal seksual.

    Selain itu, pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa mangsa akan hidup dalam ketakutan, kemarahan dan ketidakpercayaan kepada orang lain. Mangsa akan kekal rasa takut dan hilang kepercayaan pada seseorang, memikirkan setiap orang boleh menjadi seorang yang tidak baik sama ada mereka adalah kenalan sendiri atau orang asing.

    Sudah terang lagi bersuluh, ramai yang tidak sedar bahawa jenaka lawak lucah merupakan perkara sensitif dan menjadi ‘barah’ yang sukar untuk dibendung. Hal ini menjadi semakin kronik apabila mangsa, ahli masyarakat serta ahli profesional menzahirkan perasaan kecewa akan lawak lucah yang dinormalisasikan ini. Malah, golongan yang berfikiran seperti ini acapkali dicorakkan sebagai golongan kolot atau terlalu sensitif dengan kandungan matang oleh individu-individu yang melakukan gurauan berunsurkan seksual.

    Dalam pada itu, Islam juga amat melarang keras umatnya daripada membicarakan tentang wanita di dalam majlis. Persis sepertimana kata-kata oleh Imam al-Zahabi, maksudnya: “Elakkan majlis (perkumpulan) sesama kita daripada berbicara mengenai perempuan dan makanan. Sesungguhnya aku benci akan lelaki yang asyik berbicara mengenai seks dan keperluan perutnya,” Kitab Siyar A’lam al-Nubala’, 64.

    Sebagai penghias bicara akhir, budaya pincang sebegini tidak seharusnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat kerana perkataan-perkataan yang tidak senonoh adalah perbuatan yang tercela. Namun demikian, menyebut perkataan seperti alat sulit wanita atau lelaki untuk tujuan pendidikan diharuskan. Tamsilnya, mengajar wanita tentang hukum hakam haid dan nifas, begitu juga dalam ilmu perubatan.

    Intihanya, mengeluarkan kata-kata lucah tidak melambangkan seseorang itu berakhlak mulia dan tiada malu di dalam dirinya yang mana malu ini melambangkan kesempurnaan iman seseorang. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya, “Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah malu”, HR Ibnu Majah, 4181.

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    Emas vs Wang fiat
    September 29, 2022

    Next post

    MUKJIZAT AGUNG
    September 29, 2022

    You may also like

    images
    ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
    2 October, 2023
    f5ffadb62f85e5cc3572297d400708e5
    SIAPAKAH UMMU AYMAN?
    11 July, 2023
    images (7)
    BILA NAK QADA PUASA ?
    16 May, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.