• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Wanita

    • Home
    • Blog
    • Wanita
    • SIAPAKAH UMMU AYMAN?

    SIAPAKAH UMMU AYMAN?

    • Posted by zaki
    • Categories Wanita
    • Date July 11, 2023

    Beliau adalah antara sahabat yang hidup sebelum nabi lahir dan selepas nabi ﷺ wafat yang tiada ikatan kekeluargaan dengan Nabi ﷺ.

    Sebenarnya, bukan Ummu Ayman seorang, Salman al-Farisi seorang lagi, bahkan umurnya lebih panjang berbanding Ummu Ayman sendiri. Tetapi Salman al-Farisi hanya mula bergaul dengan Baginda ketika bertemu buat kali pertama di Madinah selepas Hijrah. Salman al-Farisi juga ‘orang luar’, yang tidak mempunyai nasab atau asbab untuk berdampingan secara akrab bersama Nabi ﷺ.

    Siapa pula Ummu Ayman?

    Lahir 13 tahun sebelum kelahiran Nabi ﷺ, menjadi jariah (hamba perempuan) milik Abdullah bin Abdul Muttalib yang dibeli dari pasar hamba. Barakah binti Tha’labah, Ummu Ayman, adalah seorang hamba berkulit hitam dari Habsyah. Setelah wafatnya Abdullah, ia menjadi ‘harta’ yang diwariskan kepada Aminah binti Wahab. Sebelum akhirnya ‘diwarisi’ pula oleh Muhammad bin Abdullah, ﷺ setelah kematian Aminah.

    “Dia (Ummu Ayman), adalah ibuku, setelah ibuku (Aminah).”

    (Hadis Riwayat Muslim)

    Yang ada di rumah Aminah; membantu, menyambut dan meraikan kelahiran seorang bayi mulia ini ke dunia, adalah Ummu Ayman. Kita tidak tahu nama orang lain yang berada di ‘labour room’ tersebut kecuali dua orang ini, Aminah dan Ummu Ayman. Ummu Ayman juga yang menemani musafir bertiga bersama Aminah dan Muhammad ﷺ ke Yathrib yang dikatakan menziarahi makam Abdullah. Dalam perjalanan pulang dari musafir inilah Aminah pula meninggal dunia, dan hanya Ummu Ayamn bersama si kecil Muhammad ﷺ pulang ke Makkah. Dikendong dan dipapahnya, bagai anak sendiri.

    Siapakah lagi yang akan mengusap-usap dada dan air mata si kecil Muhammad ﷺ kalau bukan Ummu Ayman? Yang menjadi yatim piatu di awal usia kanak-kanaknya.

    Ummu Ayman yang samalah juga yang menikahi Zaid bin Harithah, yang akan menjadi ibu kepada Usamah bin Zaid. Keluarga yang sederhana ini adalah gabungan ‘dua hamba’ yang berkasta rendah di Makkah, tetapi ia teramat mulia di mata Nabi ﷺ. Sehingga Zaid dan Usamah sendiri pernah memikul amanah selaku Ketua Pasukan Perang Muslim, masing-masing ke lokasi yang lebih kurang sama.

    Ummu Ayman ada pada hari kewafatan Baginda, menangisi dan menyendiri. Ketika itu keluarga Baginda sudah sangat besar, dengan 9 orang isteri (2 orang telah wafat), dengan anak menantu dan cucu lagi. Ummu Ayman bahkan bukanlah ‘ibu biologikal’ atau ‘ibu susuan’ Nabi ﷺ, dia ‘ibu penjaga’ dan ‘ibu pengasuh’. Maka dia memang tidak terlibat dalam hal ehwal ‘keluarga Nabi ﷺ’. Tetapi Nabi ﷺ adalah Nabi, sebaik-baik manusia, Baginda telah merutinkan ziarah ke rumah Ummu Ayman yang terletak sedikit jauh dari rumahnya, iaitu di Quba’.

    Sehingga Abu Bakr dan Umar al-Khattab sendiri tidak ketinggalan menziarahi Ummu Ayman setelah kewafatan Nabi ﷺ sebagai menuruti ‘sunnah’ menziarahi Ummu Ayman yang biasa dilakukan Baginda.

    ما أبكيه إني لأعلم أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قد صار إلى خَيرٍ مما كان فيه ولكني أبكي لخبَر السماء انقطَع عنَّا

    “Aku menangis, tetapi bukanlah aku tidak tahu bahawa Rasulullah telah berada di tempat yang lebih baik untuknya (di sisi Allah SWT), tetapi aku menangis kerana terputusnya khabar (wahyu) dari langit kepada kita.”

    (Hadis Riwayat Muslim)

    Ketiga-tiganya; Abu Bakar, Umar al-Khattab dan Ummu Ayman menangis bersama-sama, lantaran rindu dan sedih mengenang nasib hidup tanpa wahyu setelah kewafatan sang Nabi ﷺ.

    Ummu Ayman akan hidup paling kurang 6 tahun lagi, tetapi memang dia agak ‘isolated’, bersendiri, hanya beberapa cerita kecil diriwayatkan tentang Ummu Ayman, yang akhirnya wafat pada penghujung era Umar al-Khattab ataupun awal era Uthman bin ‘Affan, rahimahallah.

    Jika diberi taufiq-Nya untuk masuk syurga, saya ingin bertemu Ummu Ayman, selepas menghargai dan mengucapkan terima kasih kerana memelihara Baginda ketika kecilnya, saya ingin bentangkan senarai panjang soalan untuk dijawab untuk mengetahui lebih banyak lagi cerita Sirah yang banyak beliau ‘rahsiakan’ daripada catatan riwayat. Saya ingin jadi ‘Ibn ‘Abbas’ di syurga, berjalan mencari Sahabat demi Sahabat, hanya untuk mendengar dan meneguk cerita-cerita agung yang tidak sampai kepada generasi kini.

    Wallahua’lam

    Tag:jomshare, sahabat, sirah, ustazustazahcom

    • Share:
    author avatar
    zaki

    Previous post

    KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID
    July 11, 2023

    Next post

    SAHIHKAH TRADISI BUBUR ASYURA DI BULAN MUHARRAM
    July 11, 2023

    You may also like

    images
    ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
    2 October, 2023
    images (7)
    BILA NAK QADA PUASA ?
    16 May, 2023
    ANAK-ANAK
    PERCERAIAN DAN IMPLIKASI TERHADAP ANAK-ANAK
    4 May, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.