• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    UstazUstazah.Com

    • Home
    • Blog
    • UstazUstazah.Com
    • ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

    ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

    • Posted by zaki
    • Categories UstazUstazah.Com, Wanita
    • Date October 2, 2023

    ISTERI-ISTERI Nabi Muhammad SAW ialah wanita-wanita mulia yang telah berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW. Isteri-isteri baginda dikenali sebagai “Ummahatul Mukminin” yang bermaksud “Ibu-ibu kepada orang-orang beriman”. Gelaran ini datang dari firman Allah di dalam al-Quran:

    ٱلنَّبِىُّ أَوْلَىٰ بِٱلْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْ ۖ وَأَزْوَٰجُهُۥٓ أُمَّهَٰتُهُمْ 

    “Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka.”

    (Surah Al-Ahzab,ayat ke-6)

    Nama Para Isteri Nabi Muhammad SAW Yang Terpuji

    1 – Siti Khadijah binti Khuwailid

    Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

    2 – Saudah binti Zam’ah

    Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.

    3 – Aisyah binti Abu Bakar

    Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia 9 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

    4 – Hafsah binti Umar

    Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

    5 – Zainab binti Khuzaimah

    Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

    6 – Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah

    Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

    7 – Zainab binti Jahsy

    Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

    8 – Juwairiyah binti Al-Harith

    Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

    10 – Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan

    Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.

    11 – Maimunah binti Al-Harith

    Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

    12 – Mariah binti Syam’un

    Hadiah daripada Raja Muqawqis. Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

    KESIMPULAN

    Di zaman yang penuh fitnah ini, ada segelintir individu menganggap Baginda Nabi Muhammad SAW berkahwin ramai hanya demi nafsu namun hakikatnya dakwaan itu sama sekali salah. Lihat sendiri siapakah yang isteri nikahi. Rata-rata dari isteri Baginda adalah yang berstatus janda dengan jumlah anak yang ramai. Ada yang merupakan balu kepada para sahabat yang telah gugur syahid.

    Ada juga di antara pernikahan Rasulullah yang disebabkan oleh aspek politik. Pernikahan tersebut dilakukan demi untuk untuk menghindari permusuhan atau membebaskan tahanan.

    Di antaranya, pernikahan beliau dengan Juwairiyah binti al-Harits, pemuka Bani Musthaliq dari Khaza’ah, yang ditahan umat Islam. Sementara pernikahan beliau dengan Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan memiliki pengaruh besar terhadap islamisasi dan mengikis perlawanan Abu Sufyan terhadap Islam. Oleh itu jelaslah yang Baginda berkahwin bukan kerana nafsu sebaliknya untuk menjadi pelindung.

    Tag:mawlid, ustazustazahcom

    • Share:
    author avatar
    zaki

    Previous post

    SIAPAKAH CONTOH IKUTAN TERBAIK?
    October 2, 2023

    Next post

    SAYANG ISLAM, SAYANG NABI
    October 2, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.