• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • MUSABAQAH ILMIAH NADI AL-QURAN 2022 (MINQ’22)

    MUSABAQAH ILMIAH NADI AL-QURAN 2022 (MINQ’22)

    • Posted by Alifah
    • Categories Aktiviti UUC, alquran, Blog, Menuntut Ilmu, UstazUstazah.Com
    • Date January 19, 2023

    Telah berlangsung Musabaqah Ilmiah Nadi Al-Quran 2022 (MINQ’22) yang diadakan secara dalam talian selama beberapa minggu bermula 19 Disember 2022 sehingga 21 Disember 2022. Alhamdulillah, rentetan penyertaan yang sangat menggalakkan, tarikh penyertaan dilanjutkan ke 8 Januari 2023 dan sesi pengumuman pemenang diadakan secara dalam talian pada 13 Januari 2023 dengan menggunakan medium Zoom Meeting yang dikendalikan oleh Ustaz Ammar, Ustazah Fatihah dan Ustaz Amin selaku ustaz dan ustazah di Ustazustazah.com juga merupakan juri-juri dalam musabaqah ini.

    Musabaqah Ilmiah Nadi Al-Quran (MINQ) merupakan satu program yang dianjurkan oleh Ustazustazah Dot Com Sdn. Bhd yang melibatkan para pelajar dari Pusat Pengajian Nadi Al-Quran sebanyak 6 buah pusat pengajian. Memandangkan penglibatan pelajar hanya tertumpu di pusat pengajian sahaja, maka kami memikirkan adalah perlu untuk mewujudkan program-program seperti ini bagi melahirkan generasi yang berfikiran kreatif dan kritis, berdaya saing seraya meningkatkan tahap keyakinan diri dalam diri setiap individu pelajar.

    Objektif pertandingan ini adalah:

    1. Melahirkan pelajar yang berkualiti dari sudut penghayatan nilai-nilai Islam melalui aktiviti dakwah dan Pendidikan. 
    2. Memantapkan nilai kerohanian dan keyakinan dalam diri pelajar.
    3. Menjana pelajar yang lebih beridealisme, kreatif, dan berdaya saing, seiring dengan kemajuan dan kehendak masa kini.
    4. Mewujudkan suasana islami dan penghayatan islam melalui pertandingan kesenian yang dianjurkan.
    5. Mengeratkan lagi ikhuwah diantara semua Pusat Pengajian Nadi Al-Quran.

    Pertandingan ini akan melibatkan semua tenaga pengajar dan pelajar Nadi Al-quran dibawah seliaan Ustazustazah.com. Pusat-pusat yang terlibat ialah Pusat pengajian Kampung Bahagia, Sandakan Sabah (1 & 2), Pusat pengajian Kampung Sri Melenggang Astana Raja, Negeri Sembilan, Pusat pengajian  Karamunting Sandakan, Sabah, Pusat pengajian Taman Jelawat Teluk Intan, Perak, Pusat pengajian Taman Sri Bahagia Teluk Intan, Perak dan Pusat pengajian Kampung Gana Kota Marudu, Sabah. Peserta merupakan pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada umur 7 tahun sehingga 12 tahun.

    Kategori pertandingan terbahagi kepada dua iaitu kategori lelaki dan perempuan. Jenis pertandingan yang dipertandingkan ialah pertandingan bercerita (perempuan), pertandingan azan (lelaki) dan pertandingan tilawah al-quran (terbuka lelaki dan perempuan). Semua kategori ini dijurikan dari aspek sebutan/makhraj, fashah/kelancaran, suara dan persembahan.

    Keputusan pemenang adalah seperti berikut:

    Pertandingan Tilawah Al-Quran (L)

    1. Tempat Pertama: Ahmad Haziq Bin Mohamad Hakim

    (Nadi Al-Quran Taman Sri Bahagia Teluk Intan, Perak)

    2. Tempat Kedua: Muhammad Zikri Bin Mohd Ghazali

    (Nadi Al-Quran Kampung Sri Melenggang Astana Raja, Negeri Sembilan.)

    3. Tempat Ketiga: Aman Shah Bin Abdullah

    (Nadi Al-Quran Kampung Bahagia, Sandakan Sabah.(Kelas 1)

    Pertandingan Azan (L)

    1. Tempat Pertama: Muhammad Amierul Zafry Rizal Bin Abdul Fattah

    Nadi Al-Quran Kampung Sri Melenggang Astana Raja, Negeri Sembilan.

    2. Tempat Kedua: Mohammad Zahidi Bin Rosade

    Nadi Al-Quran Kampung Gana Kota Marudu, Sabah

    3. Tempat Ketiga: Muhammad Aidil Hakimi Bin Muhamad Suhaimi

    Nadi Al-Quran Taman Jelawat Teluk Intan, Perak

    Pertandingan Tilawah Al-Quran (P)

    1. Tempat Pertama: Nurhayati Akmarul Binti Abdullah

    Nadi Al-Quran Kampung Bahagia, Sandakan Sabah.(Kelas 1)

    2. Tempat Kedua: Nur Qiesya Adelia Bte Khairulnaim

    Nadi Al-Quran Kampung Sri Melenggang Astana Raja, Negeri Sembilan.

    3. Tempat Ketiga: Mazlina Mazlee

    Nadi Al-Quran Kampung Gana Kota Marudu, Sabah

    Pertandingan Bercerita (P)

    1. Tempat Pertama: Nur Nadhirah Binti Abdul Karim

    Nadi Al-Quran Kampung Gana Kota Marudu, Sabah

    2. Tempat Kedua: Nur Zara Rania Binti Mohd Rozaili

    Nadi Al-Quran Taman Jelawat Teluk Intan, Perak

    3. Tempat Ketiga: Rayhana Binti Abdullah

    Nadi Al-Quran Kampung Bahagia, Sandakan Sabah.(Kelas 1)

    Pemenang keseluruhan setelah dijurikan dari pelbagai aspek seperti ketepatan waktu menghantar penyertaan dan kadar penyertaan yang menyeluruh dimenangi oleh Nadi Al-Quran Kampung Gana, Kota Marudu, Sabah.

    Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan tenaga pengajar yang turut bertungkus lumus membuat persediaan penyertaan pelajar.

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    PELABURAN HIBAH, SIAPA LAYAK TERIMA??
    January 19, 2023

    Next post

    SIRI JALAN KE NERAKA: TIDAK BERSUCI SELEPAS MEMBUANG AIR KECIL
    January 19, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.