• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • SIRI JALAN KE NERAKA: TIDAK BERSUCI SELEPAS MEMBUANG AIR KECIL

    SIRI JALAN KE NERAKA: TIDAK BERSUCI SELEPAS MEMBUANG AIR KECIL

    • Posted by Ammar
    • Categories alquran, Blog, Hadis, Iman
    • Date January 19, 2023

    Bila kita ingin berbicara tentang kebersihan, maka kita perlu perhatikan banyak kitab kitab feqah yang ditulis oleh para fuqaha’ dimana tajuk awalnya dimulakan dengan bab taharah. Hal ini nak menunjukan bahawa betapa kebersihan itu sesuatu yang amat dititikberatkan dalam Islam. Bahkan, menjadi syarat bagi hampir semua amalan yang menjadi kewajiban seorang muslim untuk membersihkan atau mensucikan diri terlebih dahulu. Bersuci merupakan syarat sah bagi sebahagian besar amalan wajib. Allah SWT juga amat mengasihi orang yang menjaga kebersihan seperti dalam firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud:

    “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang senantiasa mensucikan diri”

    Kebersihan bagi seorang muslim bukan sahaja dari dalaman yakni hati, bahkan juga dari sudut luaran yakni fizikal individu muslim itu sendiri. Dalam arab kebersihan disebut sebagai “Nazafa”. Sebahagian ulama’ telah mengeluarkan pandangan mereka mengenai takrif “nazafa” atau kebersihan. Menurut portal rasmi Mufti Wilayah Persekutuan iaitu bayan linnas menyatakan pandangan Ashmawi “al-Nazafah (النظافة) tidak hanya dapat diertikan bersih secara lahiriah, tapi juga bersih secara ma’nawiyah. (Lihat al-Bujairimi ‘ala al-Khatib, 1/205). Menurut kitab Fiqh Manhaji bersuci pada istilah Syara’ ialah perbuatan yang mengharuskan solat atau seumpamanya seperti berwudhu’ kepada sesiapa yang belum berwudhu’, mandi kepada sesiapa yang diwajibkan mandi dan menghilangkan najis daripada pakaian, badan dan juga tempat.

    Rentetan kepada isu kebersihan ini, terdapat satu kisah bilamana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersama beberapa sahabat melalui kawasan perkuburan, lantas baginda sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kedua-dua orang didalam kubur ini sedang diazab. Kedua-duanya diazab bukan kerana suatu yang besar; seorang diantara mereka berdua disebabkan tidak menyucikan diri dari buang air kecil, sedangkan yang seorang lagi kerana menyebarkan adu domba (An-Namimah)” (Muttafaq ‘alaih). Berdasarkan kepada hadis ini, jelas menunjukan bahawa bersuci selepas berhadas antara perkara yang sering diambil ringan oleh orang Islam. Bahkan mereka tidak sedar perbuatan ini mampu memberikan kesan kepada ibadah yang dilakukan mereka. Sebab itu, Rasulullah sallallahu wasallam bersabda, antara siksaan yang diterima didalam kubur ialah kerana tidak bersuci selepas membuang air kecil. Bahkan Imam Az-Zahabi memasukan perbuatan tidak bersuci selepas membuang air kecil ini dalam kitabnya Al-Kabaiir. Kitab ini, beliau menghimpunkan dosa-dosa besar yang dilakukan oleh seorang muslim. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

    “Sucikanlah diri kalian daripada buang air kecil, kerana sesungguhnya azab kubur umumnya adalah kerana tidak membersihkan diri darinya” (Hadis riwayat Daraqutni dan beliau berkata, “Yang Mahfuz adalah mursal)

    • Share:
    author avatar
    Ammar

    Previous post

    MUSABAQAH ILMIAH NADI AL-QURAN 2022 (MINQ'22)
    January 19, 2023

    Next post

    PAJAK GADAI PATUH SYARIAH
    January 23, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.