• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • BERDOA KEPADA ALLAH DAN TIDAK MENSYIRIKKAN-NYA.

    BERDOA KEPADA ALLAH DAN TIDAK MENSYIRIKKAN-NYA.

    • Posted by Aisyah
    • Categories alquran
    • Date May 19, 2023

    BERDOA KEPADA ALLAH DAN TIDAK MENSYIRIKKAN-NYA.

    Firman Allah -سبحانه وتعالى- dalam Surah Ghafir ayat 60 :

    ﴿وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ  إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ٦٠﴾ [غافر: 60]

    «Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina(60)»

    Menurut Tafsir Ibn Katsir, ayat ini merupakan kurniaan Allah yang telah menganjurkan hamba-hamba Nya untuk berdoa kepada Nya dan memberi jaminan bahawa Allah -سبحانه وتعالى- akan mengabulkannya.

    Hamba yang berdoa kepada Allah adalah tanda seseorang hamba itu menundukkan keegoannya kepada Allah -سبحانه وتعالى-, mengakui lemah dan sebagai tanda mengharapkan Tuhannya. Seseorang hamba perlulah memohon kepada Allah dengan sepenuh hati dan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan doa tersebut, sama ada cepat atau lambat.

    Seperti yang dinyatakan dalam tafsiran ayat yang sama, orang yang menyombongkan diri daripada berdoa dan mentauhidkan Allah -سبحانه وتعالى- akan dimasukkan ke neraka Jahannam dalam keadaan hina dan rendah.[1]

    DOA YANG MUSTAJAB

    Antara sebab doa seseorang itu dikabulkan oleh Allah -سبحانه وتعالى- ialah; Apabila seseorang itu berdoa dalam keadaan hatinya tidak lalai dan dengan penuh keyakinan, bahawa doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT. Nabi SAW bersabda:

    ادْعُوا اللهَ وأنتمْ مُوقِنُونَ بالإجابةِ ، واعلمُوا أنَّ اللهَ لا يَستجيبُ دُعاءً من قلْبٍ غافِلٍ لَاهٍ

    Ertinya:”Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan

    ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.”(HR Al-Tirmizi : 3479).

    Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha dan berdoa dengan penuh keyakinan kepada Allah -سبحانه وتعالى-, disamping menjaga diri kita daripada terjebak dengan harta yang haram, agar doa kita diterima.

    Dalam kalangan hamba Allah, ada golongan yang Allah mustajabkan doanya, iaitu  sepertimana hadis riwayat :

    Abu Hurairah RA, bahawa Nabi -صلى الله عليه وسلم- bersabda:

    ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ

    Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya. (HR Tirmizi : 1905)


    [1] Ibn Katsir. 2004. Tafsir Ibn Katsir. Tah: Dr Abdullah bin Muhammad bin Abdurahman bin Ishaq al-Syeikh. Jakarta : Pustaka Imam asy-Syafi’i. 180

    • Share:
    author avatar
    Aisyah

    Previous post

    BERITA GEMBIRA BUAT MEREKA!
    May 19, 2023

    Next post

    Ustaz Apa Hukum Memakai Braces dan Veneer?
    May 22, 2023

    You may also like

    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023
    rasul
    TAHUN DUKACITA NABI MUHAMMAD SAW
    3 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.