• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • MERDEKAKAN JIWA

    MERDEKAKAN JIWA

    • Posted by Alifah
    • Categories Aktiviti UUC, Blog, UstazUstazah.Com
    • Date August 24, 2023

    ACAP kali kita dengar merdeka itu diselaraskan dengan kebebasan. Jiwa yang merdeka adalah jiwa yang bebas. Tetapi, bebas seperti apakah yang kita inginkan.

    Kita perlu sentiasa berjaga-jaga. Berhati-hati dalam setiap perkara sama ada dari setiap tutur kata yang diucapkan mahupun perlakuan. Setiap perkara yang disekeliling sangat mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang.

    Walaupun begitu, zaman sekarang merupakan satu fasa yang sangat mencabar dalam pembentukan insaniah seseorang. Pada zaman serba canggih ini, semuanya hanya dihujung jari. Meski seseorang itu tinggal di ceruk pedalaman sekalipun, selagi jaringan internet ada, mereka tetap mendapat akses ke dunia luar serta boleh dipengaruhi oleh perkara-perkara yang mereka lihat dan dengar.

    Oleh itu, kita perlu tahu batas-batas kebebasan dalam diri supaya tidak berlebihan terutamanya bab hiburan. Suka berhibur itu merupakan suatu fitrah yang disukai oleh semua orang. Namun, perlu diketahui bahawa terdapat pelbagai jenis hiburan. Hiburan yang melalaikan dan menjauhkan kita daripada Allah ataupun tidak.

    Antara hiburan yang ringkas bagi para pelajar sempena kemerdakaan adalah pertandingan menghias kelas.

    Dipetik daripada buku Indahnya Hidup Bersyariat, dalam Bahasa Arab disebut sebagai al-lahw ( اَللَّهْوُ ) iaitu semua perkara yang melekakan manusia daripada pelbagai gangguan, pemikiran dan masalah yang menggangu tidur mereka. Hiburan juga tidak mempunyai hakikat yang tetap seperti bermain, berjenaka, bersembang malam, menyanyi dan sebagainya.

    HUKUM BERHIBUR

    Berhibur itu perlu kena pada tempat dan caranya. Terdapat tiga hukum berhibur yang dapat disenaraikan:

    1. MAKRUH

    Hiburan yang tidak memberi apa-apa kesan yang buruk atau baik seperti berada di majlis keramaian atau aktiviti yang tidak berfaedah, hanya sekadar gurau senda dan membuang masa.

    2. HARUS

    Hiburan yang memberi kebaikan kepada individu dan masyarakat seperti pertandingan memanah atau melakukan permainan berfaedah dan segala jenis hiburan yang memberi faedah dan rasional.

    3. HARAM

    Hiburan sebegini adalah hiburan yang memberi kesan yang buruk dan melalaikan sehinggakan mengabaikan solat dan menjauhkan diri kepada Allah dan perintahNya.

    Makanya, sentiasalah beringat untuk sentiasa menjaga batasan-batasan tertentu supaya kebebasan yang dikecapi adalah kebebasan berlandaskan agama. Merdekakan jiwa berpaksikan amar makruf, nahi mungkar.

    Wallahualam.

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    RASULULLAH SAW CONTOH IKUTAN TERBAIK
    August 24, 2023

    Next post

    KEBERKATAN UMAT ISLAM ADA PADA WAKTU PAGI.
    August 28, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.