PAJAK GADAI PATUH SYARIAH
Sejak zaman Nabi Muhammad saw konsep Ar-Rahnu telah diamalkan oleh umat Islam. Perkhidmatan gadaian berlandaskan hukum syarak ini telah disediakan oleh bank-bank tertentu yang terkemuka di Malaysia. Bank-bank itu menyediakan perkhidmatan berkonsepkan gadaian sebagai kemudahan pinjaman yang sedia ada disamping memberi pilihan kepada peminjam untuk menuruti kehendak hukum syariat. Ar-Rahnu bolehlah didefinisikan sebagai meletakkan sesuatu barang yang berharga sebagai jaminan atau cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman. Jika pemilik tersebut tidak dapat menyelesaikan hutangnya, pemberi hutang berhak untuk mendapatkan kembali wang dipinjamkannya daripada barang gadaian. Tambahan lagi, barang yang dijadikan jaminan itu boleh dijual, jika hutang tidak dapat dibayar tetapi penjualan itu mestilah sama nilainya dengan nilai wang dipinjam. Hukum gadaian dalam Islam adalah harus. Ini berdasarkan firman Allah yang dalam Surah Al-Baqarah ayat 283 yang bermaksud “Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedangkan kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang jaminan yang dipegang (oleh yang berhutang)”.
Ar-Rahnu merupakan pajak gadai Islam yang menggabungkan konsep-konsep syariah Ar-Rahnu, Al Wadiah Yad Dhamanah dan Al Qard. Ar-Rahnu adalah mekanisma di mana satu barangan berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan pinjaman secara bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekirannya pinjaman tersebut tidak dapat dijelaskan. Al wadiah yad dhamanah pula merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan ini dikenakan upah simpan. Di dalam konsep ini Ar-rahnu merupakan satu makanisme dimana satu barang yang berharga yang mempunyai nilai di sisi syarak dijadikan cagaran atau sandaran yang terikat dengan pinjaman secara bercagar yang boleh dibayar dengannya dengan cara menjual atau melelong barang tersebut bagi mendapatkan kembali hutang yang diberikan, ini terjadi sekiranya pihak yang berhutang tidak dapat menjelaskan hutangnya itu pada masa yang dijanjikan.
Ar-Rahn berkaitan dengan al-wadi’ah yad dhamanah bermaksud simpanan barang yang berharga dengan jaminan, dimana setiap barangan yang disimpan dikenakan upah simpanan bagi menjaga barang tersebut. Dalam gadaian orang yang ingin mendapatkan pinjaman akan memberikan barang yang berharga seperti barang kemas, tanah, kereta ataupun lain-lain barang yang mempunyai nilai disisi syarak kepada orang yang akan memberi pinjaman untuk disimpan sebagai cagaran terhadap pinjaman yang diberikan. Dalam keadaan ini pemberi hutang tersebut menjadi orang yang menjaga amanah dan ia sama sekali tidak mempunyai hak terhadap barang dalam simpanannya kerana ia diberikan upah dalam menjaga barang tersebut. Jika barang tersebut rosak ketika berada simpanannya maka wajib keatasnya untuk membayar ganti rugi akibat dari kerosakan yang terjadi keatas barang tersebut kerana Allah s.w.t menyuruh kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya”. Manakala Al-Qard pula merupakan pinjaman tanpa faedah atau pinjaman kebajikan yang diberikan untuk tujuan pertolongan. Ia merupakan satu pemberian hutang oleh satu pihak kepada pihak yang lain tanpa adanya sebarang keuntungan atau bayaran lebih semasa bayaran balik dilakukan. Dalam Ar-Rahnu ia merujuk kepada pinjaman yang diberikan kepada peminjam berdasarkan peratusan tertentu daripada nilai marhun (barang gadaian), dan upah simpanan dikenakan untuk menyimpan barang gadaian mengikut kadar yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak bukannya berasaskan kepada jumlah pinjaman yang diberikan.