• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • BERBISIK-BISIK DIHADAPAN ORANG LAIN ADAKAH BOLEH DALAM ISLAM?

    BERBISIK-BISIK DIHADAPAN ORANG LAIN ADAKAH BOLEH DALAM ISLAM?

    • Posted by izzah
    • Categories Blog, Keampunan, Tips
    • Date May 15, 2023

    Hukum berbisik-bisik sesuatu rahsia yang terdapat orang ketiga disisinya adalah haram. Hal ini demikian kerana perkara tersebut boleh menimbulkan syak wasangka sesama manusia serta timbul rasa sedih  mahupun mencetuskan rasa sakit hati  pihak ketiga  yang berada bersamanya. Berbisik kategori makruh apabila dua orang bercakap dengan bahasa atau dialek yang tidak difahami oleh orang ketiga yang berada bersama mereka.    

    Namun, pengecualian bagi mereka yang berbisik-bisik tanpa ada orang ketiga disisinya kerana membincangkan hal-hal kebaikan seperti menyuruh bersedekah atau perancangan mendamaikan manusia yang bertujuan semata – mata mencari keredaan Allah SWT adalah dibenarkan. Seterusnya, tiada masalah berbual berdua-duan secara berbisik-bisik sekiranya disekitarnya ada kehadiran orang melebihi 3 atau 4 orang disitu kerana telah menghilangkan rasa curiga dan syak wasangka pihak ke-3.

    Berbisik iaitu bercakap dengan suara yang perlahan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan supaya tidak didengar orang lain disekitarnya.

    Allah SWT maha mendengar segala  bisikan rahsia  manusia antara mereka yang terkandung perancangan jahat mahupun perancangan baik  berdasarkan firmanNYA:

      ‎(٨٠)أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُم ۚ بَلَىٰ وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ 

    Maksudnya “ Patutkah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengar apa yang mereka sembunyikan (di dalam hati) dan apa yang mereka perkatakan (dengan berbisik) sesama sendiri? (Bukan sebagaimana yang mereka sangka) bahkan utusan-utusan Kami (malaikat) yang menjaga mereka, ada menulis segala yang mereka lakukan.”

    Surah az-Zukhruf (80)

    Berbisik-bisik untuk membuat perancangan perbuatan jahat adalah dilarang kecuali mereka berbisik tanpa orang ketiga berkaitan rancangan untuk berbuat kebajikan dan kebaikan seperti menyuruh bersedekah mahupun perancangan untuk mendamaikan manusia. Firman Allah SWT:

    لَّا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا (١١٤)

    Maksudnya “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.

    Sehubungan itu, larangan berbisik-bisik berkaitan perkara maksiat dan mungkar melainkan berbisik-bisik untuk tujuan kebajikan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

    Kesimpulannya, perbualan berdua-duan secara berbisik yang sekitarnya terdapat orang ketiga menimbulkan kecurigaan dan sangkaan buruk seolah sedang berbicara hal-hal yang buruk tentang orang ketiga.  Perkara ini juga mengguriskan hati dan menyedihkan pihak ketiga. Sehubungan itu, terdapat  beberapa pengajaran terhadap larangan berbisik-bisik ketika terdapat kehadiran  orang ketiga disisinya :

    • Islam menjaga hubungan persaudaraan serta kasih sayang sesama manusia.
    • Islam menutup wasilah yang boleh membawa perkara yang menyakiti hati manusia lain sehingga menjejaskan hubungan persaudaraan.
    • Islam mencegah perbualan yang tidak memberi manfaat dan sia-sia.
    • Islam memelihara adab ketika berinteraksi sesama manusia

    Tag:jomshare, ustazustazahcom

    • Share:
    author avatar
    izzah

    Previous post

    Ustaz Apa Hukum Jika Saya Terpegang Tangan Lelaki Ajnabi?
    May 15, 2023

    Next post

    HIKMAH MEMAKAI PAKAIAN BAHARU DI HARI RAYA.
    May 15, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023
    download (16)
    PENJAJAHAN HARAM ISRAEL DI BUKIT GOLAN
    30 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.