• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • BUKAN BERJAYA SEORANG

    BUKAN BERJAYA SEORANG

    • Posted by Alifah
    • Categories Aktiviti UUC, Blog, Ramadhan, UstazUstazah.Com
    • Date June 22, 2023

    SETIAP individu mempunyai pemikiran dan hala tuju hidup yang berbeza. Ada yang bekerja semata untuk menyara keluarga meski hatinya meronta. Ada yang kerja kerana minat dan hobi, yang dapat membuahkan hasil dan menjana pendapatan. Ada yang bekerja semata kerana jawatan dan gelaran yang dipegangnya dan pelbagai lagi sebab.

    Pekerjaan itu suatu amanah. Tidak kira suka atau tidak, sekali kita telah menandatangani surat penerimaan jawatan, terpikullah amanah yang diberikan oleh sesebuah syarikat kepada kita. Demi melaksanakan tugasan dan amanah tersebut, bukanlah hanya seorang individu sahaja terlibat. Alam pekerjaan mengajar erti hubungan berorganisasi, kerja pasukan dan tanggungjawab. Dengan organisasi, tugasan yang besar akan dikecil-kecilkan untuk diserahkan kepada ahli pasukan yang lain demi mencapai satu objektif yang sama.

    Bagi Ustazustazah.com, setiap perkara yang dilakukan adalah bersama-sama. Bersama-sama demi memberi nilai kepada masyarakat sekeliling, kepada penduduk setempat. Dari sekecil-kecil perkara ingin dirancang dan diusahakan sehinga ke serumit-rumit isu untuk diselesaikan. Organisasi atau pasukan adalah tunjang kejayaan sesuatu perkara dalam jabatan tersebut. Begitulah Ustazustazah.com, menggunakan sehabis baik idea, tenaga dan segala sumber yang ada demi menjayakan sesebuah program dan memastikan ianya akan dilakukan dengan terbaik. Dalam memastikan sesuatu itu berjaya, kerjasama diantara pasukan serta jabatan-jabatan lain juga memainkan peranan.

    Sekitar pemasangan kain rentang (bunting) disekitar lokasi sasaran bersama-sama pada program Ramadan Terbaik 1444h.

    Bersama-sama dalam mengubahsuai tarikh ceramah yang dipinda, juga proses pemasangan kain rentang (bunting) sebelum tarikh ceramah diadakan semasa program Ramadan Terbaik 1444h.

    Sedar atau tidak, secara psikologinya, jika jabatan lain terlibat sama dalam menjayakan sesuatu aktiviti atau program, kita sebagai penganjur mahupun kumpulan yang mengelolakan majlis secara automatik akan berasa lebih bersemangat, gembira dan berpuas hati. Kejayaan sesuatu perkara itu diukur dengan pelbagai cara sama ada sambutannya, tajaan, promosi dan sebagainya. Seperti Ustazustazah.com, setiap aktiviti yang diadakan mempunyai nilai tersendiri dari segi nilai kepada pengunjung mahupun penganjur. Dan nilai itu pula mungkin mengambil masa yang lama untuk diserap sepenuhnya dalam kalangan masyarakat. Apa yang penting, istiqamahlah dalam melakukan aktiviti demi memberi balik kepada warga setempat.

    Kejayaan ini bukanlah kejayaan individu tetapi kejayaan bersama. Semoga setiap hati-hati dan jasad-jasad yang bersama dengan Ustazustazah.com terus dirahmat Illahi dan dipermudahkan setiap satu urusannya. Raikan setiap kejayaan meski ia kecil, hargai juga setiap kegagalan kerana ia akan mengajar kita satu sisi yang berbeza dan menjadikan fikiran lebih terbuka. Coretan dipapan kekunci ini seakan memberi gambaran betapa mudahnya melakukan sesebuah program itu dan indahnya berorganisasi. Namun, ini ialah dunia. Kehidupan yang seringkali akan diuji. Tetapi walau sebesar mana ujian itu, pasti ada hikmah. Mungkin ini ayat klise. Namun itulah hakika. Anggaplah ujian itu suatu saat yang Allah ingin kita ‘push rank’. Terima dengan hati terbuka dan rasional. Jatuh tidak semestinya lemah, tetapi ia adalah langkah permulaan suatu kebangkitan.

    Berkata-kata itu mudah. Lakukan dahulu. Bermimpi itu percuma. Bangkit dan realisasikan. Berjaya itu bermakna. Bersama-samalah kerana kita bukan berjaya seorang.

    Terima kasih diucapkan kepada mereka yang turut sama menjayakan program Ramadan Terbaik 1444h secara langsung dan tidak langsung.

    Wallahualam.

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    ADUH!PENINGLAH JAMAK QASAR
    June 22, 2023

    Next post

    AKHLAK SEORANG MUSLIM TERHADAP MUSLIM
    June 23, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.