• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • CINA BUTA: MUHALLIL DAN MUHALLIL LAHU

    CINA BUTA: MUHALLIL DAN MUHALLIL LAHU

    • Posted by Ammar
    • Categories alquran, Blog, Hadis, Iman
    • Date January 2, 2023

    Baru-baru ini saya tertarik dengan sebuah drama bersiri yang telah mula ditayangkan oleh sebuah stesyen televesion yang terkenal di Malaysia.Drama ini telah mula dimainkan pada pertengahan Disember 2022. Drama yang dimaksudkan ialah Cina Buta. Secara umumnya, usaha yang untuk memahamkan masyarakat di Malaysia khususnya berkenaan apa itu “Cina Buta” perlu dipuji kerana ramai dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini tidak pernah mendengar atau mengetahui akan kewujudan istilah ini bahkan mungkin juga tidak mengetahui bahawa adanya isu seperti ini terutama di Malaysia pada masa kini. Maka disini saya akan berkongsikan apa itu sebenarnya “Cina Buta”

    Cina Buta merupakan satu istilah yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan perbuatan seorang lelaki yang mengahwini seorang perempuan yang telah diceraikan oleh bekas suami dengan talak 3 dan mempunyai beberapa syarat dalam suatu tempoh yang dipersetujui diantaranya dengan bekas suami perempuan tersebut. Hal ini menatijahkan kepada dia akan menceraikan isterinya itu agar bekas suaminya boleh kembali bersama isteri yang telah ditalak 3. Dalam Islam, mereka ini digelar sebagai Al-Muhallil dan Muhallil lahu. Al-Muhallil merujuk kepada lelaki yang bersedia menjadi suami sementara dan muhallil lahu merujuk kepada bekas suami perempuan yang telah diceraikan dengan talak 3. Apakah hukum cina buta ini didalam Islam?

    Sebelum kita membahaskan isu muhallil dan muhallil lahu ini, lebih baik kita sentuh sedikit mengenai bab talak. Dalam Islam talak itu adalah hak bagi suami. Talak terbahagi kepada dua iaitu talak rajie dan talak bain. Talak rajie ialah talak yang boleh dirujuk oleh suami ketika masih iddah sebagai contoh talak satu atau talak dua. Seterusnya ialah talak bain dimana talak bain terdiri dari dua bahagian iaitu bain sughra dan bain kubra. Talak bain sughra ialah talak yang tidak boleh dirujuk oleh suami namun boleh dikahwini semula olehnya dengan akad yang baru sama ada dalam tempoh iddah atau selepas tempoh iddah. Contoh talak bain sughra ialah talak dengan cara tebus talak atau fasakh. Talak bain kubra ialah talak yang tidak boleh dirujuk oleh suami bahkan jika ingin kembali bersama bekas isteri, isteri perlu berkahwin dengan lelaki lain dan bersetubuh dengannya. Selepas isteri diceraikan atau kematian suami barulah boleh suami yang terdahulu itu untuk merujuk semula dengan akad yang baharu selepas tempoh iddah. Contoh talak bain kubra ialah talak tiga.

    Maka disini jelas, bahawa situasi “Cina Buta” atau al-muhallil dan muhallil lahu ini berlaku disebabkan berlakunya talak bain kubra. Namun, disana terdapat larangan keras dari Allah dan rasul-Nya berkenaan mereka yang mempunyai niat untuk berkahwin secara cina buta. Dalam sebuah hadis Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

    “Rasulullah SAW melaknat seseorang yang menikahi wanita yang ditalak 3 dengan niat untuk menjadikan halal kepada bekas suami dan ke atas siapa yang dia dihalalkan” Hadis ini hassan sahih riwayat At-Tirmizi.

    Berdasarkan hadis ini, sesiapa yang mengupah seseorang atau orang yang diupah untuk menjadi suami sementara bagi isteri yang telah ditalak 3 itu adalah golongan yang terlaknat dan berdosa besar. Hal ini juga seperti yang dinukilkan oleh Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kabaair. Antara dosa-dosa besar yang dilakukan oleh manusia antaranya ialah al-muhallil dan muhallil lahu. Memetik petikan dalam laman Al-Kafi Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengikut jumhur ulama’ Syafie, Maliki, Hanbali dan Hanafi menyatakan bahawa nikah tahlil / muhallil atau cina buta ini adalah pernikahan yang tidak sempurna atau tidak mencukupi satu atau lebih syarat daripada syarat pada rukun nikah, kerana itu nikah ini tidak sah dan ia merupakan nikah fasid atau nikah batil

    Kesimpulannya, isu ini merupakan bukan isu baru dalam masyarakat kita pada hari ini. Namun, disebabkan kurangnya pendedahan mengenainya, masyarakat awam tidak dapat mengetahui dengan jelas tentang Cina Buta ini. Masyarakat perlu sedar bahawa perlakuan ini merupakan salah satu dosa besar dan dilaknat oleh Allah SWT.

    • Share:
    author avatar
    Ammar

    Previous post

    KETIKA AKU DI MEKAH & MADINAH
    January 2, 2023

    Next post

    URI: PENEMAN BAYI YANG PERLU KITA PEDULI
    January 4, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.