• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • DAKWAH: SERUAN MANUSIA

    DAKWAH: SERUAN MANUSIA

    • Posted by Ammar
    • Categories alquran, Blog, Iman, Sujud
    • Date October 3, 2022

    Jika diperhatikan sepintas lalu, kita dapat fahami bahawa perkataan dakwah itu sendiri berasal daripada perkataan Arab iaitu “دَعـَى” yang bermaksud meminta tolong, beribadah, memandu, menjemput, mengajak, memanggil dan menyeru. Dakwah menurut istilah pula dapat didefinisikan sebagai usaha untuk mengajak manusia dengan perkataan dan perbuatan kepada Islam, menerapkan manhajnya, memeluk akidahnya dan melaksanakan syariatnya.

    Menurut Muhammad al-Ghazali dakwah ialah satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka. Dr. Yusuf al-Qaradawi pula mendefinisikan dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghamabaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, dan bejihad pada jalan-Nya.

    Secara kesimpulannya, berdasarkan surah an- Nahl ayat 125 dapat kita fahami dakwah adalah segala kerja atau usaha mengajak manusia dengan cara yang baik untuk kembali kepada jalan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala tegahannya. Dakwah yang disampaikan perlulah dengan hikmah dan memberikan pengajaran yang baik. Tugas dakwah ini meliputi mengajak manusia untuk kembali kepada tauhid yang sebenar, mengajarkan hukum hakam agama dan juga akhlak Islamiah. Dakwah bukan hanya tugas seorang ustaz atau ustzah, tetapi ianya tugas bagi setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah SWT.

    • Share:
    author avatar
    Ammar

    Previous post

    MALU BENTENG MAKSIAT
    October 3, 2022

    Next post

    KAHWIN BUKAN MAGIK
    October 3, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.