• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • DOA TENTERA TOLUT : SIRI 1

    DOA TENTERA TOLUT : SIRI 1

    • Posted by Aisyah
    • Categories alquran, Doa, UstazUstazah.Com
    • Date August 17, 2023

    KISAH TOLUT DALAM AL-QURAN

    DALAM al-Quran, terdapat kisah yang menceritakan tentang Tolut dan tenteranya. Kisah ini dapat kita ikuti melalui Surah al-Baqarah yang bermula dari ayat ke 246.

    Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya ada menyebutkan bahawa ketikamana kaum Bani Israel meminta kepada Nabi mereka agar mengangkat bagi mereka seorang raja daripada kalangan mereka sendiri, maka nabi mereka pun menetapkan Tolut sebagai pemimpin mereka.

    KETURUNAN TOLUT

    Tolut adalah seorang yang berasal daripada bala tentera Bani Israel, dan bukan daripada kalangan mereka yang berketurunan raja, kerana kepimpinan berada pada keturunan Yahuza. Sedangkan Tolut bukan daripada keturunan Yahuza.

    Merujuk kepada Tafsir Maudhui lisuwar al-Quranul Karim dan tafsir al-Maraghi,  ada dinyatakan bahawa ulama tafsir menyatakan, kenabian terdapat pada keturunan Lawi bin Ya’kub, manakala kekuasaan kepimpinan terdapat pada keturunan Yahuza bin Ya’kub.

    Tolut pula berasal daripada keturunan Bunyamin, bukan daripada keturunan yang memiliki kenabian mahupun kerajaan. Oleh kerana itu, kaumnya merasa tidak senang dengan keputusan Nabi mereka mengangkat Tolut sebagai pemimpin mereka.

     Oleh kerana itu kaum mereka berkata sebagaimana firman Allah SWT :

    ﴿… أَنَّى يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا ﴾ [البقرة: 247]

    «… Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami …»

    Maksudnya bagaimana mungkin ia akan menjadi raja yang memerintah kami?

    ﴿… وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِنَ الْمَالِ  …﴾ [البقرة: 247]

    «… sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” …»

    Maksudnya, dia adalah orang miskin yang tidak punya harta untuk menjalankan pemerintahan. Padahal keharusan bagi mereka ialah untuk taat dan mengucapkan kata-kata yang baik.

    Kemudian Nabi itu memberi jawapan kepada mereka dengan berkata :

    ﴿… إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ …﴾ [البقرة: 247]

    «…” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Tolut) menjadi raja kamu, …»

    Maksudnya Allah SWT telah memilih Tolut sebagai pemimpin kalian daripada kalangan kalian sendiri dan Allah Ta’ala lebih mengetahuinya daripada kalian.

    Nabi mereka bersabda; bukan aku yang menentukannya berdasarkan pandanganku sendiri tetapi Allah Ta’ala yang menyuruhku untuk memilihnya kerana kalian telah meminta hal itu kepadaku.

    Bersambung…

    • Share:
    author avatar
    Aisyah

    Previous post

    KESABARAN AHSABUL UKHDUD TIADA TANDINGAN
    August 17, 2023

    Next post

    MAAL HIJRAH BERSAMA JHEAINS REMBAU
    August 18, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.