• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • ENAM TIP DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK BERPUASA TANPA PAKSAAN.

    ENAM TIP DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK BERPUASA TANPA PAKSAAN.

    • Posted by aimran
    • Categories alquran, Blog, Hadis, Ramadhan, UstazUstazah.Com
    • Date March 28, 2023

    Bulan yang penuh keberkatan ini adalah bulan yang tepat bagi kita untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Selain itu, bulan Ramadan juga menjadi waktu yang terbaik bagi mendidik anak-anak agar terbiasa dengan ibadah yang merupakan kewajipan umat Islam, diantaranya adalah ibadah puasa. Pendidikan dan pengamalan ibadah seperti puasa adalah sangat penting untuk didedahkan kepada anak-anak sejak kecil. Hal ini kerana Allah SWT juga menyebutkan pelbagai ayat yang menunjukkan pentingnya mengajarkan para generasi penerus kita untuk beribadah dan sentiasa mengingati Allah SWT.

    Diantaranya dalam Al-Qur’an surah Luqman :

    وَإِذْ قَالَ لُقْمَـٰنُ لِٱبْنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَـٰبُنَىَّ لَا تُشْرِكْ بِٱللَّهِ ۖ إِنَّ ٱلشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌۭ (لقمان: 13) 

    Maksudnya, “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. (Luqman: 13).   

    Dalam ayat yang lain juga disebutkan perintah Allah SWT untuk memerintahkan keluarga kita untuk sentiasa melaksanakan amal ibadah:   

     وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى   

    Maksudnya, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Taha:132).   

    Dari kedua ayat ini, maka dapatlah kita fahami bahawa Allah SWT memerintahkan kita untuk mengajak keluarga kita, termasuk anak-anak, untuk beribadah. Jelas disini bahawa pendidikan dan pengamalan ilmu agama harus dimulai dari keluarga termasuklah ibadah puasa.    

    Mendidik anak-anak untuk berpuasa memerlukan waktu dan persiapan fisikal serta mental yang cukup. Sebagai orang tua kita harus mampu menumbuhkan semangat berpuasa, sehingga anak akan semangat berpuasa bukan kerana paksaan orang tua.  

    Berikut adalah enam cara yang perlu dilakukan dalam mendidik anak-anak berpuasa tanpa paksaan: 

    1) Memberikan pemahaman yang benar berkenaan ibadah puasa. Sebelum anak memulai puasa, pastikan ia sudah memahami makna dan hikmah dari puasa itu sendiri. Jelaskan kepada mereka bahawa puasa adalah salah satu kewajipan sebagai umat Islam, sebagai bentuk pengorbanan dan takwa kepada Allah. Dengan pemahaman yang benar tentang puasa, anak akan lebih termotivasi dan kuat dalam menjalani ibadah puasa. 
    2) Mempersiapkan anak-anak secara fisikal dan mental. Sebelum berpuasa, perlu untuk dipastikan agar anak-anak sudah mempersiapkan diri secara fisikal dan mental. Berikan kepada mereka makanan yang bergizi dan minuman yang mengcukupi di saat sahur, supaya anak memiliki daya tahan untuk beraktiviti dan menjalankan ibadah puasa. Selain itu, berikan motivasi dan dorongan yang cukup agar anak merasa yakin dan kuat dalam menjalankan ibadah puasa.
    3) Jangan memaksa anak untuk berpuasa. Setiap anak memiliki kondisi dan kemampuan yang berbeza, samada fisikal mahupun mental. Jangan memaksakan anak untuk berpuasa jika ia masih terlalu kecil atau memiliki kondisi kesihatan yang tidak memungkinkan ia untuk berpuasa. Berikan pemahaman kepada mereka bahawa puasa adalah suatu kewajipan yang harus dilakukan, tetapi dalam kondisi tertentu seperti sakit, maka diperbolehkan untuk tidak berpuasa. 
    4) Memberikan kegiatan yang bermanfaat sepanjang bulan Ramadan, seperti membaca Al-Quran, mengaji, atau berdoa bersama. Selain itu, berikan juga kegiatan yang dapat meningkatkan kreativiti dan kecerdasan anak seperti belajar bahasa Arab, belajar menghafal surah-surah pendek, atau membaca buku-buku keagamaan. Dengan kegiatan yang bermanfaat, anak akan lebih terbiasa dan terlatih dalam menjalankan ibadah puasa.
    5) Memberikan penghargaan kepada anak. Perkara ini akan membuatkan anak merasa senang dan mendorong mereka untuk terus menjalani ibadah puasa dengan baik. Penghargaan ini juga adalah seperti berbentuk ucapan terima kasih agar anak merasa dihargai dan disayangi. Ucapkan kepada mereka bahawa kita bangga dengan usahanya untuk berpuasa dan menghargai dedikasinya dalam menjalani ibadah puasa. Kita juga boleh memberi hadiah diatas keberhasilan mereka dalam melaksanakan ibadah puasa, kerana hadiah dapat menjadi motivasi bagi anak untuk terus menjalankan ibadah puasa dengan baik.  
    6) Menjadikan waktu berbuka puasa waktu yang istimewa. Setelah penat seharian berpuasa, waktu berbuka adalah waktu yang di nanti-nantikan oleh anak-anak. Jadikan waktu berbuka ini satu waktu yang istimewa di mana semua ahli keluarga berkumpul bersama-sama.rutin baru supaya ia menjadi tradisi baru dalam keluarga. Contohnya, sementara menanti waktu berbuka, ibubapa membaca buku cerita yang telah diletakkan di sudut Ramadan bersama-sama, ahli keluarga boleh saling bertanya tentang hari masing-masing, lakukan aktiviti mewarna, melukis dan menulis catatan Ramadan.

    Inilah enam tip agar anak semangat berpuasa Ramadan tanpa paksaan yang dapat kita terapkan. Dengan adanya dorongan dan motivasi yang cukup, serta pemahaman yang benar tentang puasa, anak-anak kita akan lebih termotivasi dan kuat dalam menjalani ibadah puasa. Semoga Allah SWT memberikan keberkatan dan kekuatan kepada kita semua untuk menjalankan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya. 

    رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ   
    Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang soleh.”   

    Tag:ramadhan, UstazUstazah.Com, ustazustazahcom, ustszustazahcom

    • Share:
    author avatar
    aimran

    Previous post

    TADABBUR KALAMULLAH : KISAH PEMILIK DUA KEBUN (Siri Akhir)
    March 28, 2023

    Next post

    JANGAN TINGGAL SAHUR!
    March 29, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.