• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • INDAHNYA WAKTU DHUHA

    INDAHNYA WAKTU DHUHA

    • Posted by Alifah
    • Categories Blog, Hadis, Solat, Sujud, UstazUstazah.Com
    • Date December 14, 2022

    Waktu dhuha itu adalah setelah naik matahari pada waktu pagi,  iaitu sekitar pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari, iaitu sebelum tiba waktu zuhur. Dalam waktu dhuha ini,  kebanyakan orang berada dalam kesibukan duniawi, ada yang sedang bekerja, melakukan rutin harian dan sebagainya, maka dengan itulah Allah SWT menjanjikan nikmat dan pulangan yang cukup besar bagi sesiapa yang merebut masa ini untuk mendirikan satu solat sunat yang sangat besar nilainya iaitu solat sunat dhuha. Allah bukan sahaja menyayangi sesiapa yang melazimi dhuha, bahkan sentiasa mencukupkan rezekinya dengan berlipat kali ganda. Maka rugilah sesiapa yang sengaja melepaskan keistimewaan ini.

    Apakah kelebihannya mendirikan solat sunat dhuha?

    Pertama, ia merupakan wasiat dan sunnah Rasulullah. Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat dhuha. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata, “Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir.” (Hadis Riwayat Bukhari)

    Kedua, nilaian sedekah bagi seluruh sendi tubuh manusia. Diriwayatkan daripada Buraidah bahawa ia berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah bersabda; Pada diri manusia terdapat 363 ruas. Ia memiliki kewajiban bersedekah atas setiap ruas tersebut. Para sahabat bertanya, Siapakah yang mampu melakukan hal itu, wahai Rasulullah? Baginda bersabda, Ludah di dalam masjid yang ia timbun (dibersihkan) atau sesuatu (penghalang) yang ia singkirkan dari jalanan. Jika engkau belum mampu, dua rakaat solat Dhuha sudah memadai untuk mewakili kewajipanmu bersedekah. Selain itu, solat dhuha juga adalah sedekah yang setanding dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, berdakwah dan mencegah kemungkaran.”

    Ketiga, memperoleh keuntungan (ghanimah) yang besar. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuanannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.” (Sahih al-Targhib: 666)

    Keempat, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga bagi golongan yang rajin mengerjakan solat dhuha. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.” (Sahih al-Jami’: 634)

    Kelima, dimurahkan dan dibuka pintu-pintu rezeki. Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

    Keenam, mendapat pahala umrah. Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.” (Sahih Al-Targhib: 673)

    Ketujuh, mendapat keampunan dosa terdahulu. “Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

    Rugilah bagi mereka yang mempersia-siakan segala kebaikan dan kelebihan yang terdapat dalam solat dhuha ini. Istiqamahlah dalam setiap ibadah yang dilakukan.Semoga solat sunat dhuha ini menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam mencari keredhaan Allah SWT.

    • Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub . “IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-223: SOLAT DHUHA MENDAPAT ISTANA EMAS.” Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 10 Jan. 2018, muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2220-irsyad-al-hadith-siri-ke-223-solat-dhuha-mendapat-istana-emas.
    • masri , emma. “Rebut 7 Fadilat Luar Biasa Solat Dhuha; Antaranya Umpama Mendapat Haji and Umrah Mabrur – Kashoorga.” Kashoorga, 23 Oct. 2020, www.kashoorga.com/rebut-7-fadilat-luar-biasa-solat-dhuha-antaranya-umpama-mendapat-haji-umrah-mabrur.
    • almukhlisin. “Fadhilat Solat Sunat Dhuha – AlMukhlisin.” AlMukhlisin, 23 Nov. 2016, www.almukhlisin.my/fadhilat-solat-sunat-dhuha.

    Dikarang oleh: Nurul Izzah Mohd Sulur

    Dikemaskini oleh: Alifah

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    SOLATKU KEBAHAGIAANKU SIRI 3 : MARTABAT SOLAT DALAM ISLAM
    December 14, 2022

    Next post

    PERKARA YANG PALING DIBENCI ALLAH TAPI DIBOLEHKAN?
    December 15, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.