• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • JALAN KE NERAKA: Memutuskan Silaturrahim

    JALAN KE NERAKA: Memutuskan Silaturrahim

    • Posted by Ammar
    • Categories alquran, Blog, Hadis, Iman, Keampunan, Menuntut Ilmu
    • Date November 15, 2022

    وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚۚ َ

    “Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum kerabat”

    Islam merupakan agama yang menekankan kasih sayang dan penjagaan hubungan silaturrahim bukan sahaja sesama muslim malah juga sesama manusia. Islam amat menekankan bahawa dengan kasih sayang pelbagai perkara dapat dikecapi oleh umat Islam. Hal ini terbukti bilamana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berjaya menanamkan sifat kasih sayang dalam hati orang muhajirin dan ansar. Kerana kasih dan sayang serta cinta, orang ansar berbesar hati menerima kedatangan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan golongan muhajirin sewaktu peristiwa hijrah. Kerana kasih sayang orang ansar membantu orang muhajirin bahkan ada juga yang sanggup menawarkan harta dan ahli keluarga untuk dikahwini. Kasih sayang juga yang menyebabkan suku aus dan khazraj yang dahulunya berperang kini berdamai. Hasil kasih sayang ini jugalah yang menjadi penyatuan golongan muhajirin dan ansar di Madinah serta menjadikan Madinah negara Islam pertama didunia. Semuanya berlaku kerana kasih sayang yang disemai oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam seterusnya mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan antara muhajirin dan ansar.

    Kasih sayang membawa maksud kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Sebagai seorang Islam, menjadi tuntutan untuk kita mengeratkan hubungan persaudaraan kerana apa sahaja perbuatan dan perlakuan di dunia ini ada kaitannya dengan akhirat. Seorang yang membina persaudaraan kerana Allah SWT juga akan dipelihara hubungan kesatuan sesama manusia di akhirat. Hubungan persaudaraan sesama Muslim hakikatnya bukan hanya berlaku di dunia bahkan ianya akan terus kekal hingga ke akhirat. Manusia yang memutuskan silaturahim bukan hanya akan terasing di dunia, malah turut berseorangan di akhirat kelak serta mendapat celaan dari Allah dan Rasul-Nya.

    Banyak hikmah bagi mereka yang menjaga silaturrahim dan berkasih sayang sesama manusia yang pertama jelas sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat ayat 13 yang bermaksud: “Wahai Manusia! Sesungguhnya , kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku agar kamu saling mengenali”. Ayat ini jelas bahawa antara tujuan utama Allah menciptakan manusia dalam pelbagai bangsa dan suku agar saling mengenali antara satu sama lain kerana dengannya kita mampu berkongsi idea, pandangan, rezeki serta berkasih sayang sesama makhluk Allah SWT. Seterusnya, menjaga hubungan silaturrahim ini juga lambang kepada kasih sayang sesama manusia dimana diantara ciri kesempurnaan iman sepertimana yang sebut dalam hadis ialah kasih sayang. Akhir sekali, antara hikmah menjaga hubungan silaturrahim ialah untuk memupuk sikap  kerjasama dan saling bersatu sesama manusia.

    Kesimpulannya, Imam Az-Zahabi menyenaraikan dalam kitabnya Al-Kabaiir bahawa memutuskan silaturrahim ini merupakan salah satu dosa besar. Bahkan terdapat sebuah hadis yang mengancam buat sesiapa yang memutuskan silaturrahim. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: ” Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan tali silaturrahim” (HR Bukhari dan Muslim). Semoga kita semua terus diberikan perasaan kasih sayang sesama makhluk.

    • Share:
    author avatar
    Ammar

    Previous post

    PENYAYANG AKAN DISAYANG
    November 15, 2022

    Next post

    TAKSUB
    November 15, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.