• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • JALAN KE NERAKA: SYIRIK KEPADA ALLAH

    JALAN KE NERAKA: SYIRIK KEPADA ALLAH

    • Posted by Ammar
    • Categories alquran, Blog, Iman, Keampunan
    • Date October 12, 2022

    Syirik bermaksud mempercayai sesuatu itu berkuasa selain daripada Allah SWT. Al-Zabidi dalam kitabnya Taj Al- ‘Arus mengatakan bahawa syirik bermaksud kufur. Al- Imam Az-Zahabi pula memberikan definisi yang panjang mengenai apa itu syirik. Beliau menerusi kitabnya Al-Kabaiir mendefinisikan syirik sebagai “Engkau jadikan sesuatu tandingan bagi Allah, sedangkan Allah yang menciptakanmu. Demikian juga seperti engkau menyembah Allah seiring dengan menyembah yang lain seperti batu, manusia, matahari, bulan, nabi, syeikh, jin, bintang, malaikat atau lain-lain”

    Dalam Al-Quran Allah SWT banyak menyebutkan banyak ancaman bagi mereka yang menyekutukan Allah. Allah berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 48 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga) dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikenhendaki-Nya. Ayat ini menyatakan dengan jelas bahawa syirik merupakan penderhakaan kepada Allah SWT yang tidak akan diampunkan dosa bagi pelakunya. Hal ini neraka lah yang selayaknya bagi mereka yang mensyirikkan Allah SWT. Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 72 bermaksud “… sesiapa yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya hanyalah neraka”.

    Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam portal Al-Afkar mengatakan bahawa Imam As-Sanusi dalam kitabnya Muqaddimat menyatakan syirik itu terbahagi kepada 6 bahagian dan kesemuanya berdosa besar. Pertama, syirik Istiqlal iaitu Menetapkan adanya dua tuhan atau lebih yang berlainan seperti akidah Majusi yang mempercayai adanya Ahura Mazda dan Angra Mainyu. Kedua, syirik Tab’id iaitu Menyatukan tuhan daripada beberapa oknum seperti akidah Triniti agama Kristian. Ketiga, syirik taqrib iaitu Beribadah kepada sesuatu selain daripada Allah SWT dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Keempat, syirik taqlid iaitu seseorang yang beribadah kepada Allah SWT hanya kerana mengikuti orang lain. Seterusnya, yang kelima syirik asbab iaitu syirik yang terjadi bilamana Menyandarkan satu kesan terhadap sebab tertentu yang bersifat adat sebagai contoh seseorang berjaya hanya kerana usahanya semata bukan dengan izin Allah. Terakhir, keenam ialah syirik aghrad iaitu apabila seseorang beramal kerana selain dari Allah SWT. Syirik diurutan satu hingga empat dikira kufur secara ijmak. Bagi nombor lima ia memerlukan kepada perincian dan bagi nombor enam ianya dikira maksiat dan tidak kufur secara ijmak.

    Kesimpulannya, sejak dari kecil kita telah diajar untuk mengesakan Allah SWT sepertimana yang kita belajar melalui rukun iman. Kalau kita hayati pesan luqman al-Hakim kepada anaknya, pesan yang pertama sekali yang beliau sampaikan ialah jangan sesekali mensyirikkan Allah kerana itulah kezaliman yang paling besar. Semoga kita semua mendapat husnul Khotimah.

    • Share:
    author avatar
    Ammar

    Previous post

    AIR MATA TAUBAT NASUHA
    October 12, 2022

    Next post

    TASAMUH:BUKTI ISLAM AGAMA KEDAMAIAN
    October 13, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.