• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    UstazUstazah.Com

    • Home
    • Blog
    • UstazUstazah.Com
    • JOM KENAL NABI KITA!!

    JOM KENAL NABI KITA!!

    • Posted by zaki
    • Categories UstazUstazah.Com
    • Date September 19, 2023

    BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W 💕

    Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

    Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi (dikenali sebagai  Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah). Baginda di lahirakan di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

    Dan nama bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim , nama ibu Nabi SAW pula ialah Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf dan nama pengasuh pertama Nabi ialah Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).

    Ibu susuan baginda pula ialah: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). serta Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).

    SEPANJANG USIA NABI

    • USIA 5 TAHUN

    Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

    • USIA 6 TAHUN

    Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

    • USIA 8 TAHUN

    Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

    • USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

    Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.  · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

    • USIA 20 TAHUN

    Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.  

    Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

    • USIA 25 TAHUN

    Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.  Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.  Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

    • USIA 35 TAHUN

    Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
    Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
    Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

    • USIA 40 TAHUN

    Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

    • USIA 53 TAHUN

    Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.   Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

    USIA 63 TAHUN

    Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

    ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

    💕Qasim
    💕Abdullah
    💕Ibrahim
    💕Zainab
    💕Ruqaiyah
    💕Ummi Kalthum
    💕Fatimah Al-Zahra ‘

    ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

    💕Khadijah Binti Khuwailid.
    💕Saudah Binti Zam’ah.
    💕Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
    💕Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
    💕Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
    💕Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
    💕Zainab Binti Jahsy.
    💕Maimunah Binti Harith.
    💕Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
    💕Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

    Oleh itu, cinta kepada Rasulullah SAW hendaklah disemai dan dibajai dengan cinta kepada sunnah atau risalah yang ditinggalkan oleh Nabi SAW, bukan sekadar cinta kepada jasad dan keturunan Baginda. Ini kerana cinta kepada Nabi SAW adalah cabang kepada cinta kepada Allah SWT.

    Firman Allah SWT dalam Ali ‘Imran ayat 31:

    قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّـهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّـهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

    Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

    Wallahu a’lam.

    • Share:
    author avatar
    zaki

    Previous post

    SUBHANALLAH! INILAH 6 MUKJIZAT RASULULLAH SAW SELAIN AL-QURAN
    September 19, 2023

    Next post

    Bumi Kelahiran Nabi Yang Dirindui
    September 19, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.