• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI

    KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI

    • Posted by Aisyah
    • Categories alquran
    • Date May 5, 2023

    Dalam al-Quran terdapat satu surah yang Allah -سبحانه وتعالى- wahyukan kepada Nabi Muhammad -صلى الله عليه وسلم- sebagai imuniti bagi umat akhir zaman ini untuk menghadapi fitnah dajjal. Surah ini dikenali dengan nama Surah al-Kahfi.

    Surah al-Kahfi merupakan surah ke-18 mengikut tertib surah surah-surah didalam mushaf. Di dalam surah ini terkandung banyak hikmah dan pedoman yang boleh umat Islam jadikan sebagai panduan kehidupan. Surah al-Kahfi ini mempunyai kelebihan yang disebutkan secara khusus didalam hadis Nabi -صلى الله عليه وسلم- .

    Antara kelebihan surah al-Kahfi ialah, ianya menjadi benteng daripada fitnah dajjal. Sabda Nabi ` berkenaan dengan dajjal ;

    «إِنْ يَخْرُجْ وَأَنَا فِيكُمْ فَأَنَا حَجِيجُهُ دُونَكُمْ، وَإِنْ يَخْرُجْ وَلَسْتُ فِيكُمْ، فَامْرُؤٌ حَجِيجُ نَفْسِهِ، وَاللَّهُ خَلِيفَتِي عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ، فَمَنْ أَدْرَكَهُ مِنْكُمْ فَلْيَقْرَأْ عَلَيْهِ فَوَاتِحَ سُورَةِ الْكَهْفِ، فَإِنَّهَا جِوَارُكُمْ مِنْ فِتْنَتِهِ»

    Maksudnya : “Sekiranya Dajjal keluar sedang aku bersama kalian, nescaya aku akan mempertahankan kamu. Namun sekiranya dia keluar dan aku tidak lagi bersama kalian, maka setiap orang mempertahankan diri masing-masing. Allahlah pelindung setiap Muslim. Barangsiapa yang bertemu dengan Dajjal maka bacalah permulaan Surah al-Kahfi. Itu adalah bentengmu daripada fitnah.” (HR Abu Daud : 4321)

    Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi -صلى الله عليه وسلم- bersabda:

    مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

    Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal. (Hadith riwayat Muslim: 1342)

    Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id Al-Khudri ra, daripada Nabi ` bersabda :

     ((مَن قَرَأَ سورةَ الكَهفِ يومَ الجُمُعةِ أضاءَ له من النورِ ما بَينَ الجُمُعتينِ ))

    “Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” (HR Al-Hakim : 2/368)

    • Share:
    author avatar
    Aisyah

    Previous post

    REZEKI TAK SALAH ALAMAT
    May 5, 2023

    Next post

    APA BATAS AURAT SAYA SESAMA WANITA NON MUSLIM USTAZ?
    May 8, 2023

    You may also like

    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023
    rasul
    TAHUN DUKACITA NABI MUHAMMAD SAW
    3 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.