• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • MENEGAKKAN HAK ISLAM MENENTANG KAUM QURAISY DI BULAN RAMADHAN

    MENEGAKKAN HAK ISLAM MENENTANG KAUM QURAISY DI BULAN RAMADHAN

    • Posted by izzah
    • Categories Blog, Ramadhan
    • Date April 5, 2023

    Bila tibanya Ramadhan, maka teringatlah kita kisah sirah berlakunya peperangan di bulan Ramadhan. Berlakunya perang badar pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah. Peperangan ini adalah pertempuran pertama yang besar melawan kafir quraisy. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah.

    Tercetusnya Perang Badar apabila Rasulullah SAW mempelawa para sahabat untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang pulang dari Syam ke Mekah. Misi asal sekatan itu bukan bertujuan peperangan tetapi Rasulullah tidak ingin membiarkan kerugian harta umat Islam dirampas tanpa pembelaan. Sebelum hijrah, Allah SAW memerintahkan umat Islam untuk bersabar dalam menanggung derita dalam firmanNya:

    أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ قِيلَ لَهُمۡ كُفُّوٓاْ أَيۡدِيَكُمۡ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ

    Maksudnya : “Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: “Tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!” (An-Nisa’ : 77)

    Namun begitu selepas penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W telah turunnya ayat Al-Quran :


    أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُواْۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ نَصۡرِهِمۡ لَقَدِيرٌ  ٣٩ ٱلَّذِينَ أُخۡرِجُواْ مِن دِيَٰرِهِم بِغَيۡرِ حَقٍّ إِلَّآ أَن يَقُولُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُۗ 

    Maksudnya : “Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu (39) (yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: “Tuhan kami hanyalah Allah” (4) (Al-Hajj : 39-40)

    Disebabkan penindasan yang berlaku kepada Umat Islam, Nabi Muhammad S.A.W merancang untuk berperang bersama kabilah Abu Sufyan dari Syria untuk mengambil semula hak harta umat Islam.

    Abu Sufyan mengutuskan utusan untuk keluar melingdungi kafilahnya. Quraisy telah mengeluarkan tentera seramai kira-kira 1000Antaranya 600 orang tentera berbaju perisai, 100 ekor kuda yang dipakaikan 100 baju perisai. Ini tidak termasuk baju perisai tentera pejalan kaki dan 700 ekor unta. Mereka turut membawa penyanyi-penyanyi perempuan yang memukul gendang dan menyanyi mengutuk orang Islam.

    Bilangan tentera Islam jauh lebih sikit berbanding kaum Quraisy. seramai 313 atau 314 orang. Kebanyakan mereka daripada golongan Ansar. Mereka membawa 70 ekor unta dan dua atau tiga ekor kuda sahaja. Mereka bergilir-gilir dalam kumpulan-kumpulan kecil menaiki unta tersebut dari satu masa ke satu masa. Sebelum Nabi SAW memasuki pertempuran, Baginda ingin mengambil pandangan para sahabatnya, khususnya kaum Ansar. Baginda ingin mengambil pandangan mereka untuk terlibat dalam peperangan. Pelbagai pandangan telah diutarakan antara intipatinya semua yang turun ke peperangan ini berjanji akan bersama dengan Rasulullah. Setelah itu perbincangan mengenai lokasi peperangan juga dibincangkan.

    Kemudian peperangan meletus dan berakhir dengan kemenangan orang Islam. Kira-kira 70 orang musyrik telah terbunuh termasuk ketua mereka yang paling tegar dengan kesyirikannya iaitu Abu Jahal. Turut terbunuh sebahagian pemimpin mereka. Mereka yang ditawan pula kira-kira 70 orang. Baginda telah memerintahkan agar semua yang terbunuh dikebumikan. Baginda pulang ke Madinah dan melakukan syura dengan para sahabat Baginda tentang urusan tawanan perang. Umar mencadangkan supaya mereka dibunuh. Abu Bakar pula mencadangkan supaya mereka menebus diri mereka. Rasulullah SAW menerima cadangan Abu Bakar. Oleh itu, orang musyrik telah menebus tawanan mereka dengan harta.

    • Share:
    author avatar
    izzah

    Previous post

    MELAZIMI LIDAH & TULISAN DENGAN PERKATAAN YANG BAIK.
    April 5, 2023

    Next post

    PUASA YANG SIA-SIA
    April 5, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023
    download (16)
    PENJAJAHAN HARAM ISRAEL DI BUKIT GOLAN
    30 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.