MUKJIZAT-MUKJIZAT NABI SAW
MUKJIZAT ialah satu perkara luar biasa yang bertentangan dengan adat atau kebiasaan serta perkara yang tidak boleh dilakukan oleh manusia biasa. Mukjizat boleh berlaku dengan keizinan dan kekuasaan Allah SWT dan berlaku pada RasulNya.
Tiada siapa tidak kira Nabi atau Rasul mampu menghasilkan satu mukjizat sendiri tanpa izin Allah. Mukjizat tidak boleh diperolehi melalui pembelajaran. Mukjizat hanya berlaku kerana kebesaran dan kekuasaan Allah swt di atas kehendak-Nya.
1. Kitab Suci Al-Qur’an
Mukjizat terbesar yang dimiliki oleh Nabi Muhammad adalah kitab suci Al-Qur’an yang diturunkan secara berangsur sebagai wahyu Allah. Kitab ini boleh menjadi penunjuk serta pedoman hidup umat Islam baik untuk kehidupan sehariannya.
Kisah turunnya Al-Qur’an juga menjadi sejarah tersendiri karena patut untuk diimani. Peristiwa tersebut disebut sebagai Nuzul Qur’an yang mana pada awal Al-Qur’an pertama kali diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Ayat Al-Qur’an yang menjadi wahyu pertama Nabi Muhammad SAW ini adalah Al-Alaq ayat 1-5. Dengan adanya wahyu dari ayat Al-Qur’an maka boleh dikatakan sebagai awal kenabian Muhammad. Dan juga menjadi awal dalam perjuangan di Jazirah Arab untuk menyebarkan agama Islam.
Peristiwa ini pertama kali turun di Gua Hira pada tanggal 17 Ramadhan 610 Masihi tepatnya di sebelah utara Mekkah. Dan setiap tarikh tersebut selalu diperingati sebagai Hari Nuzul Qur’an.
2. Peristiwa Isra’ Mi’raj
Selain Al-Qur’an Nabi juga memiliki terbesar iaitu melalui peristiwa Isra’ Mi’raj. Peristiwa besar ini dimaksudkan untuk memberikan perintah solat kepada umat Muslim. Kejadian ini tepatnya pada tanggal 27 Rejab yang menjadi perjalanan suci Nabi Muhammad SAW.
Perjalanan tersebut dilakukan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Kemudian, dilanjutkan perjalanan ke Sidratul Muntaha melalui langit ke tujuh hanya dalam waktu satu malam saja.
Peristiwa ini merupakan peristiwa yang sangat luar biasa dan tidak akan dialami oleh manusia lainnya. Boleh dikatakan bahawa perjalanan yang dilakukan secepat kilat dari langit ke Sidratul Muntaha.
Dengan adanya peristiwa Isra’ Mi’raj ini maka boleh didapatkan hikmah perjalanan sehingga boleh langsung beriman tanpa ragu kepada Allah SWT.
3. Air Susu Melimpah
Mukjizat Nabi Muhammad yang didapatkan oleh Rasul adalah air susu yang melimpah dari ibu susuannya, Halimah. Sebenarnya tubuh Halimah kurus kering namun pada saat menyusui Nabi Muhammad, susu yang keluar sangat banyak dan melimpah.
Suami Halimah juga terkejut kerana unta peliharaannya menghasilkan susu yang banyk. Kedua-duanya boleh minum air susu unta betina mereka dengan puas dan digunakan untuk memenuhi keperluaan seharian mereka.
4. Air Mengalir Dari Jari Nabi Muhammad Saw
Terdapat peristiwa menakjubkan iaitu air yang mengalir melalui jari tangan Nabi Muhammad SAW. Bertepatan dengan hari Al Hudaibiyah (perjanjian) di mana ramai orang yang merasa kehausan dan dahaga ketika ini.
Pada saat Rasulullah selesai berwuduk maka mereka menghampiri Rasulullah. Orang-orang tersebut memberitahukan kepada nabi bahwa tidak ada air yang boleh digunakan untuk wuduk atau minum dan hanya ada sebekas air kecil. Pastilah untuk air tersebut tidak akan cukup untuk banyak orang.
Kerana merasakan kebingungan para umatnya, Nabi Muhammad SAW langsung meletakkan tangannya ke dalam bekas berisi air tersebut. Kemudian, langsung keluar air dari jari-jarinya.
Dengan kekuasaan Allah tersebut maka semua orang yang ada di sana boleh menghilangkan rasa haus dengan meminum air yang muncul dari jari tangan Nabi Muhammad. Selain itu, air tersebut mampu digunakan untuk berwuduk juga.
Kesimpulannya, Nabi Muhammad SAW merupakan insan yang sangat istimewa kerana dikurniakan dengan pelbagai mukjizat. Kesemua mukjizat baginda mempunyai tujuan dan hikmah yang tersendiri yang boleh dijadikan sebagai panduan hidup untuk kita dalam proses untuk menjadi mukmin yang terbaik di dunia dan di akhirat.
Tag:mukjizatnabi, sirah, ustazustazahcom