Sebarkan Hidayah al-Quran
- Posted by pengurus
- Categories alquran, Blog, UstazUstazah.Com
- Date March 30, 2022
Sebarkan Hidayah al-Quran ❤️
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat ke-185 yang bermaksud:-
“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”
Al-Quran ialah sumber kemuliaan kepada umat Islam. Imam al-Tabari menyimpulkan makna ‘menjadi petunjuk kepada sekalian manusia’ sebagai al-Quran yang akan menjadi petunjuk kepada manusia ke arah jalan kebenaran dan cara hidup yang betul.
Al-Quran ialah sumber hidayah untuk manusia. Sumber hidayah ini pula ada kaitan yang amat rapat dengan Ramadhan.
Jadi sempena Ramadhan ini, UstazUstazah ingin mengajak anda untuk bersama dalam membina KELAS AL-QURAN PERTAMA DI ATAS AIR 💪😍
Pusat pengajian ini akan menyediakan kelas bimbingan Al-Quran dan Fardhu Ain buat asnaf di dalam komuniti Sandakan, Sabah. 💪
Bayangkan pahala kekal melimpah ruah yang tuan-puan bakal dapat dalam bantu melahirkan generasi Celik Al-Quran masa depan. 🥰🥰
Kita sambung dakwah Rasulullah untuk membantu mereka 🌹
You may also like

MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA

SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
