• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Perkahwinan

    • Home
    • Blog
    • Perkahwinan
    • SEKUFU DALAM PERKAHWINAN

    SEKUFU DALAM PERKAHWINAN

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Perkahwinan
    • Date November 22, 2022

    Perkahwinan merupakan perkara yang dituntut dalam agama Islam. Ikatan pernikahan yang sah dianggap sebagai salah satu wasilah untuk menuju keredhaan Allah SWT. Dengan perkahwinan, fitrah manusiawi yang ingin merasa tenteram dalam berpasangan melalui cara yang halal akan diraikan. Firman Allah, maksudnya, “Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” Surah al-Rum, 21.

    Perkahwinan juga adalah untuk menjaga maqasid agama dalam melahirkan keturunan yang soleh dan memelihara akhlak daripada kebejatan sosial. Islam amat menyeru agar umatnya yang berkemampuan untuk melangsungkan perkahwinan. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya, “Wahai para pemuda! Barang siapa daripada kalian yang berkemampuan, hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya pernikahan membantu untuk menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu perisai bagi dirinya”,  Riwayat Abu Daud, (2046).

    Antara faktor kebahagiaan rumah tangga ialah pri pentingnya sekufu atau setaraf dari segi ekonomi, pelajaran, kesihatan, faktor umur dan sebagainya. Sekufu dalam perkahwinan ialah hak isteri dan wali-walinya. Ia bukanlah syarat sahnya nikah, tetapi ia adalah untuk menjamin kelangsungan hidup suami isteri. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Pilihlah tempat yang baik untuk meneruskan keturunanmu dan kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinkanlah mereka.” Riwayat al-Hakim (2/163).

    Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Al-Kafi #1153: “Maksud Sekufu Dalam Perkahwinan”, dituliskan sekufu atau kesepadanan dalam bahasa Arab adalah disebut sebagai kafa’ah. Dari segi bahasa, kafa’ah (كفاءة) bermaksud “المساوة” (sama) atau “المماثلة” (seimbang). Al-Kafa’ah juga membawa maksud sama taraf pada kekuatan dan kemuliaan manakala menurut Kamus Dewan pula, sekufu adalah setaraf, sedarjat, dan sama martabatnya.

    Agama dan kesolehan adalah merupakan faktor terpenting yang diambil dalam kriteria pemilihan calon. Hal ini demikian kerana, pemilihan calon yang beragama dan berakhlak akan terus kukuh bersama-sama peredaran zaman. Apabila agama dan akhlak dijadikan sebagai asas pemilihan, ia lebih menjamin kelangsungan cinta dan kasih sayang akan berkekalan.

    Antara faktor yang lain pula dalam pemilihan calon berdasarkan aspek sekufu ialah taraf pendidikan mahupun pekerjaan. Jika seseorang yang mendapat pendidikan tertinggi seperti Doktor Falsafah (PHD) sudah pasti akan merasakan sedikit kesukaran untuk berbual dengan pasangan yang memiliki pendidikan setakat sekolah menengah sahaja. 

    Selain itu juga, perbualan yang berkualiti dalam politik, kewangan, cara mendidik anak-anak dan sebagainya pasti akan terasa lebih mudah jika mendapat pasangan yang matang dalam bertukar pendapat. Hal ini juga bagi menjamin tidak adanya keterpaksaan pasangan dalam mengubah kebiasaan kerana telah mempunyai persamaan tatacara kehidupan. Namun, sekiranya pihak perempuan redha menggugurkannya, maka ia tidak perlu dipertikaikan.

    Tuntasnya, marilah kita hayati firman Allah SWT, maksudnya, “Dan perempuan-perempuan yang baik itu adalah untuk lelaki-lelaki yang baik begitu juga lelaki-lelaki yang baik itu adalah untuk perempuan-perempuan yang baik”, Surah An-Nur, 26. Ingatlah, pernikahan yang dijalankan dengan tujuan yang tulus benar dan takwa kepada Allah SWT pasti akan diberikan rahmah, ketenangan dan ketenteraman dalam jiwa perkahwinan. Maka, setiap pasangan suami isteri yang bertakwa, pasti Allah SWT menjanjikan jalan keluar kepada mereka dari setiap kesulitan dan dikurniakan segala kecukupan dalam kehidupan.

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    MISI NADI AL-QURAN
    November 22, 2022

    Next post

    <strong>SCAMMER : KEUNTUNGAN SEMENTARA YANG TIDAK BERKAT</strong>
    November 23, 2022

    You may also like

    ANAK-ANAK
    PERCERAIAN DAN IMPLIKASI TERHADAP ANAK-ANAK
    4 May, 2023
    SUANT PEREMPUAN
    BERKHATAN BAGI PEREMPUAN: ADAT ATAU WAJIB?
    10 April, 2023
    perkahwinan dalam islam
    HUKUM NIKAH BERBEZA MENGIKUT INDIVIDU??
    3 April, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.