• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Maulidur Rasul

    • Home
    • Blog
    • Maulidur Rasul
    • SELAMAT DATANG RABIULAWAL!

    SELAMAT DATANG RABIULAWAL!

    • Posted by Alifah
    • Categories Maulidur Rasul, Rabiulawal, UstazUstazah.Com
    • Date September 20, 2023

    ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD. Hadir satu bulan yang menyimpan satu sejarah agung. Terukir sirahnya dalam bulan ini. Bulan kelahiran Baginda SAW. Bulan kelahiran manusia yang paling kita cintai.

    Ahmad

    Itu nama yang tersurat

    Dalam Injil juga Taurat

    Apatahlagi kitab Al-Quran

    Dia Muhammad

    Penutup sekalian nabi

    Penyampai risalah suci

    Islam agama yang diredhai

    Dari gelita jadi cahaya

    Dari derita jadi bahagia

    Kerana dia pembawa rahmat

    Kerna dia jua pemberi syafaat

    (Lirik nasyid Dia Muhammad, Inteam)

    Pelbagai bait-bait lirik yang memuji-muji keindahan akhlak dan mukjizat Nabi Muhammad SAW. Seperti lirik nasyid diatas yang didendangkan oleh Inteam, menceritakan betapa agungnya Baginda SAW, indah dan bercahaya peribadinya serta menerangkan kawasan sekitar. Bagindalah pemberi syafaat kepada umatnya juga merupakan Nabi yang paling akhir diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Berdasarkan hadis dibawah:

    إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

    Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” 

    [Riwayat Ahmad (8952)]

    Di dalam al-Quran juga, Allah SWT telah mengakui bahawa kekasih-Nya Rasulullah SAW adalah merupakan contoh teladan yang terbaik untuk diikuti sebagaimana firman-Nya:

    لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّـهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

    (Surah Al-Ahzab:21)

    Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”

    Begitu sempurnanya seorang manusia yang digelar Muhammad SAW. Jadi kita sebagai umatnya perlu mencontohi peribadi Baginda SAW dari segala aspek. Bukanlah untuk menjadi manusia sempurna, sesungguhnya tiada manusia yang sesempurna Baginda SAW tetapi menjadi versi yang terbaik bagi diri kita sebagai umat Baginda SAW dan hamba kepada Sang Khaliq.

    Baginda SAW sangat mencintai umatnya.

    “Setiap Nabi memiliki doa yang pasti Allah kabulkan dan aku menyimpan doa tersebut sebagai syafaat bagi umatku di akhirat nanti.” – HR Bukhari

    Ini bukti kecintaan Baginda kepada umatnya. Menjadikan dirinya sebagai panduan. Tidak dibiarkan kita terkontang-kanting didunia ini.

    APAKAH CARA MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW?

    Berselawat ke atas nabi



    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

    Nabi SAW pernah berkata, “Sesiapa yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali.

    (Riwayat Muslim)

    Jika kita tidak berselawat kepada Baginda SAW, apakah bukti kita sebagai umatnya mengingati Baginda SAW sentiasa? Tidakkah malu untuk kita mengaku kita rindu akan Nabi SAW? Cinta akan Baginda SAW? Sedangkan sekelumit selawat pun tidak terungkap di bibir.

    Makanya, cintailah Nabi Muhammad SAW dengan berselawat ke atas Baginda SAW. Lazimkanlah dilidah supaya kita sentiasa mengingati Baginda SAW.

    Mengenali Nabi SAW

    Tidakkah sering kita dengar pepatah yang berbunyi, tidak kenal maka tidak cinta. Oleh itu, cukup kenalkah kita dengan Baginda Muhammad SAW? Sudah hafal dan khatamkah kita dengan sirah-sirah perjuangan Baginda SAW bersama para sahabat dan keluarganya? Tepuk dada, tanya iman.

    Bercintalah dengan jujur, bukan sekadar berkata-kata di lidah, tetapi mengamalkan dan membenarkan di hati.

    Jom selawat bersama! Allahuma solli ala Muhammad.

    Antara selawat yang sering dialunkan oleh masyarakat.

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    Bumi Kelahiran Nabi Yang Dirindui
    September 20, 2023

    Next post

    HIKMAH DIUTUSKAN RASUL
    September 21, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.