Terasa Sulit dalam Kehidupan Jom Dekat Pada Allah
Setiap manusia pasti diuji dengan kesulitan dan kepayahan hidup dalam hidup.Sebab itu manusia memerlukan hiburan.Berhibur merupakan salah perkara yang menenagkan kita dari tekanan emosi dan perasaan yang bercelaru. Namun,tidak semestinya kita perlu membuat perkara yang lucu untuk mendapatkan ketenangan hati dan minda.
Kita juga boleh mendapatkan ketenangan dengan melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. Antara tujuan berhibur adalah untuk mendapat ketenangan, dan sumber ketenangan yang sebenar boleh diperolehi dengan beribadah kepada Allah s.w.t. Berzikir mengingati Allah s.w.t adalah satu bentuk ibadah yang khusus.
Justeru, tidak ada salahnya jikalau dikatakan beribadah juga adalah satu cara untuk kita menghiburkan ataupun menenangkan diri terurtamanya dalam mendapatkan ketenangan dan kerehatan hati.
Disamping, kita memperolehi pahala bagi setiap kebaikan yang dilakukan dan mendapat ketenangan hati dan minda serta mampu menjadikan amalan harian dengan melazimi lidah menyebut zikrullah supaya kita memperolehi ketenangan jiwa dan sanubari dalam proses mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t..
Apa Kata Rasulullah?
Huzaifah r.a berkata. ‘’Apabila Rasulullah mengalami suatu kesulitan, baginda akan segera mengerjakan solat’’.
(Hadith direkodkan oleh Imam Abu Daud dalam sunan Abi Daud, Dalam kitabnya Al-Adab bab Fi Solati Al-‘Atamah, no hadith 4985 daripada Salim bin Abul Ja’dah, status sahih)
Info Menarik.
Prof H.M. Hembing Wijayakusuma dalam bukunya Hikmah Solat Untuk Pengubatan dan Kesihatan berkata, pada waktu berdiri tegak dalam solat, semua fikiran dilepaskan daripada urusan yang membebani jiwa. Jikalau dalam hati masih ada perasaan dengki dan iri hati, ia menyebabkan hilangnya keseimbangan hormon dan keserasian kimia tubuh badan.
Selain dari terasa sulit, Solat juga dapat merehatkan tubuh badan serta hati dan fikiran kita dari fikirkan perihal dunia. Kerana ketenangan adalah keperluan dan fitrah yang diingini oleh setiap manusia.Ketenangan juga boleh diperoleh dengan berehat sebentar sebentar dari urusan yang membebankan kita. Rehat penting bagi manusia kerana ia memberi peluang untuk mengembalikan semula tenaga. Maka tidak hairan kenapa Rasulullah s.a.w menegaskan dalam hadith di bawah bahawa solat itu merupakan satu kerehatan. Dengan menunaikan solat, kita bukan sahaja dapat merehatkan badan, malah dapat merehatkan mental dan emosi.
Menurut satu kajian yang pernah dijalankan, otak orang yang solat mengeluarkan satu gelombang alpha, iaitu gelombang ketenangan. Dahsyatnya solat, bukan sahaja memberi manfaat kepada luaran malah dalaman. Pada masa yang sama, tindakan Rasulullah s.a.w. ini juga selaras dengan anjuran Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah ayat 45 ‘’Dan pintalah pertolongan (Kepada Allah) dengan sabar dan solat.’’ Justeru, tunaikan solat tatkala kita berasa penat dengan ujian dunia yang melanda
Apa Kata Rasulullah?
Rasulullah s.a.w pernah menyuruh Bilal r.a. melaungkan azan , baginda berkata,
’’Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat.’’
(Hadith direkodkan oleh Imam Ahmad dalam musnad Ahmad, bab Musnad Abdullah Bin Umar Bin Al-Khattab r.a no hadith 6357 status sahih)
Info Menarik!
Dr. Zahir At Tunisi (ahli kedoktoran) menemui bahawa terdapat beberapa kelenjar tubuh yang akan mengeluarkan hormon adrenalin yang menyebabkan kegelisahan terutama pada waktu puncak iaitu waktu Asar. Namun, ia akan menurun apabila kita solat Asar.
‘’Menyibukkan diri dalam aktiviti ibadah adalah ubat mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan berpanjangan”
-Abdullah Gymnastiar-
Kesimpulannya, kita sebagai manusia tidak lari dari segala ujian dan cabaran yang dihadapi namun yang pasti hanya pada Allah jua tempat kita kembali salah satu daripadanya dengan solat semoga kita sentiasa memperolehi hidayah Allah s.w.t dalam kehidupan kita.
{ وَمَكَرُوا۟ وَمَكَرَ ٱللَّهُۖ وَٱللَّهُ خَیۡرُ ٱلۡمَـٰكِرِینَ }
[Surah Āli-ʿImrān: 54
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.
Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat membantu kita supaya lebih bertaqwa kepada Allah s.w.t.