• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Maulidur Rasul

    • Home
    • Blog
    • Maulidur Rasul
    • MAULIDUR RASUL: TUNJUKKAN TANDA SAYANG KITA

    MAULIDUR RASUL: TUNJUKKAN TANDA SAYANG KITA

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Maulidur Rasul
    • Date September 14, 2023
    Jom Sayang Nabi

    Firman Allah SWT, “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam”, (Surah al-Anbiya’: 107).

    Alhamdulillah kita masih diberikan nafas dan kesempatan untuk sama-sama menyambut dan memeperingati kelahiran sosok manusia terhebat yang diangkat Allah SWT untuk menjadi seorang Nabi dan Rasul pada hari istimewa Baginda SAW yang diraikan pada hari Maulidur Rasul yang bakal tidak lama lagi.

    Terlalu banyak seribu satu keistimewaan dan pengorbanan yang mengalir daripada sosok Muhammad yang amat mulia ini. Betapa kekasih Allah SWT ini terlalu istimewa untuk diungkapkan, cintanya Baginda SAW kepada kita semua, umatnya. Adakah kita juga mencintainya? Hanya diri yang mampu menjawabnya.

    12 Rabiul Awal diraikan tidak lain tidak bukan hanyalah semata-mata bertujuan untuk memperingati kekasih ummah ini yang berjuang menyebarkan dakwah dan agama yang benar meskipun terpaksa bergadai nyawa dan menempuh onak duri, namun keyakinan Baginda SAW tetap hanya pada Allah yang Esa.

    Mengungkapkan rasa cinta, kasih kepada Baginda SAW bukanlah hanya tertumpu semata pada Hari Maulidur Rasul ini, namun apalah salahnya kita meraikannya agar sedikit sebanyak dapat mengajak orang ramai mencintai dan lebih mengenali Baginda dengan mata hati. Bukalah mata hati dan renungkanlah akan perjalanan kisah-kisah Baginda SAW yang sangat meruntun jiwa sepanjang Baginda SAW diutuskan menjadi seorang kekasih Allah SWT.

    Maka, alangkah bagusnya jika Maulidur rasul ini dijadikan medan para pendakwah untuk merebut peluang ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan dan program-program untuk memupuk rasa kasihkan Baginda SAW, mengajarkan mereka yang belum tahu, mengingatkan mereka yang alpa, dan memperbetulkan mereka yang tersasar dari kehidupan yang ditunjuk oleh Rasul mereka.

    Kini, semakin kurang golongan muda khususnya, mengambil tahu akan pri pentingnya sambutan Maulidur Rasul ini. Semoga ia kelak tidak akan ditelan zaman dan tidaklah juga hanya akan menjadi satu budaya semata-mata seperti mana anak-anak sekolah rendah yang disuruh melagukan selawat-selawat atau selawat badar tanpa mengetahui dan menyedari akan runtunnya setiap bait makna-makna pada setiap lafaz selawat yang dilantunkan.  

    Kitalah generasi muda itu! Kitalah yang sepatutnya bertanggungjawab menanam dan menyemai benih rasa rindu dan cintakan Rasulullah SAW ini semula agar generasi kita dapat menjadi salah seorang penyambung risalah nabi untuk ummah ini.

    Tidak cukup jika mahu dizahirkan dengan kata-kata pujian atau sekadar sambutan sahaja, alangkah baiknya jika kita juga menunjukkan tanda rasa kasihnya kita kepada Baginda SAW dengan sentiasa mencuba sedaya upaya untuk meneladani setiap perbuatan, percakapan, perlakuan dan perbuatan Baginda SAW dalam rutin seharian kita. Contohilah Baginda SAW dalam kepimpinan, dalam menjadi seorang suami, sahabat, jiran, dan seorang manusia biasa yang baik yang sangat disenangi masyarakat sekeliling.

    Ingatlah, “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik”, Surah Al-Ahzab, 21.  

    Justeru, kita tidak sepatutnya berbalah akan sambutan Maulidur Rasul ini. Adakah ia pantas untuk diraikan atau sebagainya. Lihatlah juga akan kesan positifnya yang mana akan lebih ramai umat manusia tersedar daripada lamunan lena yang mungkin sudah lama tidak mengambil peduli akan Baginda SAW yang dikasihi.

    Maka, penulis ingin mengajak diri penulis sendiri dan anda yang sedang membaca ini agar sentiasalah memperingati Nabi kita. Ingatlah akan perjuangannya yang berlumuran darah sewaktu dicemuh penduduk Thaif, sewaktu diejek gila oleh Abu Lahab dan banyak lagi jika ingin dinukilkan. Tunjukkanlah rasa cinta kita ini bukan sahaja pada Maulidur Rasul namun pada setiap saat dan detik sepanjang kehidupan kita semua.

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    NABI MUHAMMAD SAW UTUSAN ALLAH SWT
    September 14, 2023

    Next post

    MENGENALI RASUL ULUL 'AZMI
    September 15, 2023

    You may also like

    Muhammad Insan Pemaaf
    MUHAMMAD: INSAN PEMAAF TIADA TANDINGAN
    4 October, 2023
    2
    SAYANG ISLAM, SAYANG NABI
    2 October, 2023
    WhatsApp Image 2023-09-21 at 11.42.09
    MUSABAQAH PERDANA MAULIDUR RASUL 2023
    29 September, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.