• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    Home » Blog » VAKSIN DAN PERSEPSI DALAM ISLAM

    VAKSIN DAN PERSEPSI DALAM ISLAM

    • Posted by nurfaiza
    • Categories alquran, Hadis, Menuntut Ilmu, Uncategorized, UstazUstazah.Com
    • Date February 3, 2023

    Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus. Isu berkenaan vaksin telah menjadi perdebatan hebat sejak dari dulu lagi. Gerakkan golongan anti-vaksin yang menolak imunisasi di kalangan individu dan kanak-kanak telah wujud sejak era 1800 lagi dan membawa idealogi bahawa vaksin adalah berbahaya. Pelbagai isu yang timbul berkenaan dengan vaksin terutama sekali isu halal haram penghasilannya. Kesan daripada penolakan vaksin ini akan menyebabkan kemunculan semula penyakit-penyakit yang telah berjaya dicegah bertahun-tahun dahulu.

    Sejarah Vaksin.

    Penghasilan vaksin yang pertama telah direkodkan pada lewat abad ke 18, apabila Edward Jenner berjaya menjalankan kajian dengan menyuntik cecair yang dijangkiti virus cacar air kepada individu yang tidak dijangkiti sebagai pencegahan terhadap penyakit tersebut. Hasil kajian mendapati individu yang disuntik dengan cecair yang mengandungi virus tersebut muncul menghasilkan imuniti terhadap penyakit cacar air tanpa kesan yang serius dan tidak membawa maut. Susulan daripada penemuan tersebut, banyak inovasi dalam penghasilan vaksin daripada virus yang dilemahkan dan dinyahaktifkan hasil kajian dua saintis terkenal iaitu Louis Pasteur dan Robert Koch. Perkembangan dalam dunia sains dan biokimia pada hujung abad 19th dan awal 20th, menggalakan pengeluar vaksin memperkenalkan bakteria toxin, derivatif yang tidak aktif, toksoid sebagai ejen vaksin. Kini, program imunisasi telah menjadi pendekatan paling efektif dan bernilai dari segi kos dan faedah, yang menyelamatkan banyak nyawa daripada penyakit berjangkit.

    Persepsi Islam dalam pemberian vaksin

    Secara amnya, ulama dan majlis fatwa Malaysia mempersetujui bahawa vaksin adalah satu tindakan Islah (pembaharuan) ummah untuk peningkatan kesejahteraan yang berkait rapat dengan konsep islam, Al- maqasid shariah dan ia dinyatakan dengan jelas dalam artikel terbitan Ebrahim (2014). Beliau mengaitkan vaksinasi dengan pemeliharaan agama (hifz ad-din), yang menjelaskan bahawa vaksinasi bertindak sebagai kayu ukur yang menggalakan kesejahteraan seorang muslim. Individu yang mempunyai kesihatan yang baik dapat melaksanakan ibadah hariannya dengan sempurna.

    Dari Abu Hurairah ra., dari Nabi saw., beliau bersabda:

    ‘Allah tidak menurunkan penyakit melainkan menurunkan ubatnya juga.’ (Sahih Al-Bukhari, no.5678)

    Hadith ini menunjukkan bahawa mencari rawatan dan ubat untuk penyakit adalah dituntut oleh islam.

    Walaubagaimanapun, isu tentang penghasilan vaksin menggunakan bahan yang haram menjadi kebimbangan utama masyarakat islam. Artikel yang ditulis oleh Grabenstein (2012) memetik bahawa vaksin yang mengandungi komponen khinzir adalah dibenarkan sekiranya berada dalam keadaan darurat dan berlaku istihalah dalam zat khinzir sehingga tiada lagi kesan khinzir. Kenyataan ini disokong oleh Shaykh al-Qaradawi, ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah dan seluruh ulama yang dari seluruh dunia melalui persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa OIC dan penghasilan adalah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

    Secara kesimpulannya, Al-Quran dan hadith adalah panduan utama sebelum sebarang fatwa atau keputusan dibuat. Dalam konteks ini, semua pengamal perubatan dan saintis muslim perlu menjalankan kritikal analisis dalam menghasilkan sesuatu yang baik daripada yang tidak baik bila ia berkait rapat dengan kemajuan teknologi. Seharusnya, kemajuan teknologi yang baik hendaklah memberi manfaat kepada bukan sahaja umat Islam, tetapi seluruh umat manusia.

    • Share:
    author avatar
    nurfaiza

    Previous post

    BEZAKAH TEMPOH IDDAH SETIAP WANITA?
    February 3, 2023

    Next post

    HARUM MU BOLEH MENJADI HARAM
    February 5, 2023

    You may also like

    images
    HIKMAH PUASA
    29 March, 2023
    eb526765001ec2d074bcd5f651ff1f70
    ENAM TIP DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK BERPUASA TANPA PAKSAAN.
    28 March, 2023
    damaged-farm (1)
    TADABBUR KALAMULLAH : KISAH PEMILIK DUA KEBUN (Siri Akhir)
    27 March, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Menuntut Ilmu
    • Perkahwinan
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Sumbangan
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat
    Fajar Hidayah

    Fajar Hidayah

    Free
    Mudahnya Bahasa Arab

    Mudahnya Bahasa Arab

    Free
    Bahasa Arab Fast Track

    Bahasa Arab Fast Track

    Free

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.