• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Wanita

    • Home
    • Blog
    • Wanita
    • WANITA SOLEHAH, KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA

    WANITA SOLEHAH, KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Wanita
    • Date October 19, 2022

    “Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah, yang akan membahagiakan syurga di dalam rumah tangga”. Begitulah bait-bait lirik daripada kumpulan nasyid Inteam yang mana mesejnya adalah untuk menyeru wanita agar menjadi wanita yang solehah yang merupakan sebaik-baik perhiasan duniawi dengan menjaga kehormatan diri semata untuk mencapai redha Allah SWT.  

    Secara umumnya, tidak semestinya apabila disebut wanita solehah itu merujuk kepada peranan seorang isteri sahaja kerana perempuan yang tidak berkahwin yang menjaga maruahnya juga adalah perempuan yang solehah. Malah, status perkahwinan itu sendiri tidak sedikit pun mengurangi taraf harga diri atau ‘value’ seseorang wanita itu. 

    Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.”‏ (Riwayat Muslim, 715). Wanita solehah adalah seorang yang bertakwa kepada Allah SWT antaranya dengan menutup aurat yang telah disyariatkan kepada semua Muslimah. 

    Persis firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan sebagai perhiasan bagimu. Tetapi pakaian takwa, itulah sebaik-baik pakaian. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka beringat.” (Surah Al-A’raf, 26)

    Daripada firman Allah SWT ini, jelas mengingatkan kepada kita bahawa sebaik-baik perhiasan atau sebaik-baik pakaian adalah pakaian takwa. Takwa yang menyebabkan kita takut kepada Allah SWT dan menjauhi segala perkara yang menjauhkan kita daripada Allah SWT. Islam sangat mengangkat darjat seseorang wanita Islam dengan menjaga auratnya.

    Dengan berbuat sedemikian yakni menutup aurat, pasti seseorang wanita itu terhindar daripada azab api neraka, mengangkat maruah dan kehormatan dirinya serta melambangkan kemuliaannya. Pada waktu yang sama, ia juga mampu mengurangkan mudarat dan kadar jenayah yang datangnya dari mata-mata jahat seperti kes rogol dan penculikan yang semakin kian meningkat saban tahun. 

    Hal ini bersangkut-paut dengan penampilan dan pakaian seseorang wanita apabila mereka berada di luar rumah. Jika wanita dapat menutup aurat dengan sempurna ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi, kadar jenayah di dalam negara pasti dapat dikurangkan di samping para lelaki juga perlulah menundukkan pandangan dan dididik agar menjadi lelaki yang ‘qawwam’. 

    Sebagai penutup wacana artikel ini, wahai wanita, tutuplah auratmu dengan pakaian takwa kerana diri kita begitu berharga. Jagalah lisan, kehormatan diri dan jadikan malu itu sebagai benteng kerana wanita solehah adalah penghuni yang akan menjadi dambaan syurga.

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    JAULAH NADI AL-QURAN KE ZOO NEGARA!
    October 19, 2022

    Next post

    HAK MUSLIM KEATAS MUSLIM YANG LAIN
    October 20, 2022

    You may also like

    images
    ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
    2 October, 2023
    f5ffadb62f85e5cc3572297d400708e5
    SIAPAKAH UMMU AYMAN?
    11 July, 2023
    images (7)
    BILA NAK QADA PUASA ?
    16 May, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.