• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Solat

    • Home
    • Blog
    • Solat
    • 15 Seksaan Meninggalkan Solat

    15 Seksaan Meninggalkan Solat

    • Posted by zaki
    • Categories Solat
    • Date April 3, 2023

    Solat merupakan asas dan tiang agama,maka orang yang melaksanakannya dinisbahkan sebagai mendirikan agama. Malahan sesiapa yang meninggalkannya dianggap sebagai meruntuhkan agamanya sendiri.

    Firman Allah SWT di dalam surah al-Muddathir ayat 40 – 43 

    فِي جَنَّاتٍ يَتَسَاءَلُونَ عَنِ الْمُجْرِمِينَ ‎مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ ‎ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ

    Maksudnya: Mereka ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat bertanya-tanya tentang tempat tinggal orang yang bersalah. Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu mereka berkata (Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka Saqar?) Mereka menjawab “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat”.

    SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

    Orang yang meninggalkan solat akan diseksa dengan 15 seksaan, enam daripadanya akan diterima di dunia, tiga daripadanya ketika nyawa di penghujung,tiga lagi daripadanya ketika berada di dalam kubur dan tiga yang terakhirnya di hari kiamat.

    6 SEKSAAN YANG DITERIMA DI DUNIA

    1. Usianya tiada keberkatan
    2. Dihilangkan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.
    3. Tiada pahala setiap amalan yang dikerjakan.
    4. Doanya sia-sia kerana tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.
    5. Semua makhluk di dunia membencinya.
    6. Tidak menerima bahagian daripada doa untuk orang-orang soleh.

    3 SEKSAAN KETIKA PENGHUJUNG NYAWA

    1. Matinya adalah dalam kehinaan.
    2. Matinya adalah dalam keadaan yang terlalu lapar.
    3. Matinya adalah dalam keadaan yang sangat dahaga.

    3 SEKSAAN KETIKA BERADA DI DALAM KUBUR

         1  Kuburnya disempitkan.

         2  Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan.

         3. Ular yang dinamakan Shakjul Akrak akan menyeksa si mayat sehingga kiamat.

    3 SEKSAAN DI HARI KIAMAT

    1. Malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke dalam neraka.
    2. Mendapat kemurkaan Allah SWT yang amat hina.
    3. Allah SWT akan menghisabnya dengan berat yang terus dihumban ke neraka.

    Maka, marilah kita bersama-sama untuk menjaga ibadah solat yang merupakan salah satu rukun Islam ini. Mudah-mudahan kita mendapat syurga Allah SWT. Amin.

    Tag:#rukunislam, #solat, jomshare, ustazustazahcom

    • Share:
    author avatar
    zaki

    Previous post

    RAMADAN BUKAN SEKADAR ADAT
    April 3, 2023

    Next post

    Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya?
    April 3, 2023

    You may also like

    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023
    pexels-alena-darmel-8164742
    DUA-DUA MESTI ADA
    29 August, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.