• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Rabiulawal

    • Home
    • Blog
    • Rabiulawal
    • PERISTIWA RABIUL AWAL: MASJID QUBA’ YANG MULIA

    PERISTIWA RABIUL AWAL: MASJID QUBA’ YANG MULIA

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Rabiulawal
    • Date October 10, 2023
    Masjid Quba

    Sesiapa yang pernah sampai ke Bumi Madinah Al-Munawwarah, sudah pasti sebahagian besarnya berazam untuk menjejakkan kaki ke Masjid Quba’ yang terletaknya tidak jauh dari Masjid Nabawi.

    Masjid Quba’ merupakan masjid pertama yang dibina oleh air tangan Rasulullah SAW sendiri dan para sahabat Baginda SAW yang akrab. Peristiwa ini berlaku pada bulan Rabiul Awal yang mana pada ketika itu, Rasulullah SAW dan para sahabat sedang melakukan perjalanan penghijrahan dari kota Makkah Al-Mukarramah ke kota Yastrib atau sekarang ini lebih dikenali dengan panggilan kota Madinah Al-Munawwarah.

    Sebelum Baginda SAW dan para sahabat tiba di Madinah, mereka telah singgah sebentar di sebuah perkampungan yang bernama Quba. Maka, terciptalah sejarah Islam yang mana di situlah terbinanya Masjid Quba yakni masjid yang pertama dalam Islam. 

    Sabda Baginda SAW, “Barangsiapa yang bersuci di rumahnya dan mendatangi Masjid Quba dan mengerjakan dua rakaat di dalamnya, maka ia akan mendapatkan pahala umrah”, Sunan Ibn Majah.

    Masjid Quba’ mempunyai makna yang sangat mendalam pada setiap hati umat Islam yang memahami. Melaksanakan solat dua rakaat di dalamnya menyamai kadar pahala setara dengan mengerjakan umrah di Baitullah. Masya-Allah! Masjid Quba’ juga menjadi saksi bertautnya hati Rasulullah SAW dan para sahabat dalam bertungkus-lumus membina masjid ini semata-mata atas dasar ketakwaan kepada Allah SWT.

    FirmanNya, “Sungguh, masjid yang didirikan atas dasar takwa, sejak hari pertama adalah lebih pantas engkau melaksanakan salat di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Allah menyukai orang-orang yang bersih”, Surah At-Taubah, 108.

    Selain itu, Al-Tabarani juga meriwayatkan, “Saya melihat Nabi SAW ketika baginda SAW membina masjid ini, Baginda pernah memikul batu di atas punggungnya sehingga bengkok. Saya juga melihat habuk pada pakaian dan perutnya. Tetapi apabila salah seorang sahabatnya datang untuk mengambil beban itu, dia akan berkata tidak dan meminta sahabat itu pergi dan memikul beban yang sama sebagai gantinya.”

    Setelah siap dibina Masjid Quba’ ini, Baginda SAW dan para sahabat meneruskan perjalanan menuju ke Kota Yathrib. Tujuan penghijrahan Makkah ke Madinah ini adalah untuk mendapatkan keamanan di Madinah setelah meningkatnya jumlah penganiayaan yang dilakukan oleh pihak Quraisy terhadap umat Islam semasa mereka berada di Kota Makkah.

    Setelah tiba di Madinah, penduduk kota itu meraikan Rasulullah SAW yang dikasihi dan para sahabat dengan perasaan yang sangat gembira. Mereka menyambutnya dengan pukulan kompang-kompang dan sangat mengalu-alukan kedatangan Rasulullah SAW ke kota itu.

    Bermula dengan hanya daun-daun kurma serta batu-bata, namun kini Masjid Quba sudah menjadi sebuah masjid yang besar dan menjadi lokasi ‘wajib ziarah’ bagi mereka yang mengerjakan haji mahupun umrah di Tanah Suci.

    Catatan daripada Imam Bukhari menunjukkan betapa Masjid Quba’ sangat dekat di hati Rasulullah SAW. Baginda SAW pernah mengunjungi Masjid Quba’ pada setiap Sabtu, sama ada berjalan kaki ataupun menaiki kenderaan. Hal sebeginilah yang membuatkan penulis sangat teruja mahu menjejakkan kaki ke Masjid Quba’ agar dapat mengambil berkat kerana mengikuti jejak sunnah Baginda SAW.

    Semoga kita semua berpeluang untuk menziarahi Masjid Quba’ yang disayangi Rasulullah SAW.

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    MENGAPA AMBIL TAHU SIRAH RASULULLAH?
    October 10, 2023

    Next post

    PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DI BULAN RABIULAWAL
    October 10, 2023

    You may also like

    2
    SAYANG ISLAM, SAYANG NABI
    2 October, 2023
    WhatsApp Image 2023-09-21 at 11.42.09
    MUSABAQAH PERDANA MAULIDUR RASUL 2023
    29 September, 2023
    2977d406cf4a95dbe0980b425f23d111
    SELAMAT DATANG RABIULAWAL!
    20 September, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.