BERAPAKAH PEMBAHAGIAN JENIS KAFIR?
Maksud kafir adalah orang yang tidak percaya kepada Allah dan rasul-Nya atau disebut orang yang bukan Islam. Banyak pihak merasakan perlunya penggantian istilah itu kepada istilah yang labih beradab bunyinya, bagi menjaga sensitiviti mana-mana individu yang kurang senang dengan penggunaan terma kafir tersebut. Walauapapun langkah yang diambil, ahli masyarakat tidak mengerti makna sebenar di sebalik definisi ‘kafir’ sehingga menimbulkan perdebatan masyarakat.
Kategori kafir terbahagi kepada lima jenis iatu kafir zimmi/dhimmi, kafir musta’min, kafir mu’ahad/mu’ahid, kafir muhayid dan kafir harbi. Kafir dhimmi/zimmi merupakan istilah yang diberikan kepada golongan bukan Muslim yang bernaung atau berlindung dengan negara-negara Islam atau disebut sebagai muwatin. Istilah kafir zimmi atau muwatin mempunyai hak sama rata di sisi undang-undang serta dilindungi secara saksama dan adil. Walaupun bukan beragama Islam, seorang zimmi adalah haram daripada dicederakan atau dibunuh tanpa sebab yang membolehkannya. Walaubagaimanpun, umat Islam tetap diminta untuk menjaga batasan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama khasnya agama lain, walau serapat manapun hubungan mereka dengan individu berlainan agama. Dari segi maknanya, dhimmi membawa makna “mereka yang aman” dan diperuntukkan dengan janji yang bersifat memberikan keamanan pada mereka.
Kafir musta’min merujuk kepada golongan bukan muslim yang memohon keamanan daripada pemerintah Islam, untuk sementara. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai kumpulan individu yang mendapat keizinan pemerintah Islam untuk hadir ke sebuah negara bagi memenuhi tujuan yang baik. Golongan ini boleh dipecahkan kepada tiga kelompok kecil mengikut tujuan mereka hadir ke negara Islam tersebut. Kumpulan pertama adalah mereka yang bertugas atau bekerja sebagai utusan atau pegawai diplomatik yang mendapat kebenaran pemerintah. Kumpulan kedua pula mewakili mereka yang mahu masuk untuk melakukan aktiviti perdagangan atau perniagaan. Kelompok ketiga dinamakan sebagai golongan mustajir, di mana golongan ini pula hadir untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi ajaran tauhid ini. Golongan ini perlu dilindungi daripada dipaksa menerima sebarang bentuk ajaran Islam secara paksa serta diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menerima atau tidak apa yang telah mereka pelajari. Pelancong atau pelarian bukan muslim juga dikategorikan dalam kategori ini.
Kumpulan ini pula wujud dalam beberapa situasi tertentu, seperti kumpulan tentera bukan Muslim yang telah menawarkan perdamaian atau bersetuju untuk melakukan genjatan senjara sebagai usaha awal menuju jalan keamanan, dengan perintah ini disebutkan dalam surah al-Anfal ayat ke 61. Sekiranya wujud kelompok mu’ahad, jatuh kepada tanggungjawab pemerintah negara melindungi mereka daripada bahaya yang mungkin muncul dari kalangan rakyat mereka sendiri, tak kiralah orang Muslim atau bukan Muslim. Walaubagaimanapun, sekiranya ada pihak ketiga cuba menyerang atau membunuh kumpulan kafir mu’ahad ini, pemerintah tidak mempunyai kewajipan untuk terus kekal melindungi mereka kerana perjanjian keamanan yang ada hanyalah di antara pihak pemerintah dan kumpulan kafir mu’ahad.
Kafir muhayid hanya akan wujud dalam bentuk perjanjian sementara, melibatkan golongan kafir yang memilih untuk bersikap berkecuali dalam perkara seperti peperangan atau politik yang mengancam keamanan mereka. Golongan ini boleh dikatakan sebagai golongan kafir yang mengamalkan pendekatan neutral tatkala di sekeliling mereka berada dalam sengketa. Sebagai contoh, wujud peperangan diantara sebuah negara Islam dengan sebuah negara lain bukan Islam jadi mana-mana negara yang tidak mahu terkesan dengan peperangan itu boleh melakukan perjanjian sementara dengan negara Islam itu untuk mengelakkan wujud ancaman yang tidak dijangka-jangka. Label paling popular yang selalu disebut masyarakat kita. Bagaimanapun, tafsiran berkenaan istilah kafir harbi ini sebenarnya lebih luas berbanding tanggapan yang biasa dengar. Golongan kafir harbi sebenarnya merujuk kepada kelompok masyarakat bukan Muslim yang langsung tidak ada hubung kait dengan negara Islam. Mereka juga tidak mendapat keizinan untuk hadir atau melakukan sebarang bentuk aktiviti perniagaan dengan mana-mana negara Islam, ekoran ketiadaan sebarang perjanjian di antara dua buah negara. Ini bermakna, mereka yang tiada sebarang hubungan dengan negara Islam juga akan digelarkan ‘kafir harbi”, bukan hanya terhad pada kelompok kafir yang memusuhi orang Islam.
Bagaimanapun, seandainya golongan kafir harbi ini mula mengambil langkah yang dianggap memerangi masyarakat Muslim, ini akan menyebabkan mereka layak diperangi. Kumpulan ini dinamakan sebagai ‘harbi al-muharib’ merupakan pihak bukan Muslim yang menyumbangkan tenaga dalam usaha menjatuhkan sebuah kerajaan atau masyarakat Islam, dengan sokongan dari segi monetary, kemahiran malahan semangat sekalipun. Namun sekarang adakah benar pihak yang dituduh itu layak dikategorikan kafir harbi kerana agak sukar untuk melabelkan seseorang sebagai harbi sesuka hati dari sudut pandangan Islam kerana mengambil kira banyak sudut.