• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • KEMAAFAN SYAWAL

    KEMAAFAN SYAWAL

    • Posted by izzah
    • Categories Blog, Iman, Keampunan, Tips
    • Date April 26, 2023

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, para sahabat dan sekalian ahli kelurga baginda.

    Pertamanya, kami ingin mengucapkan selamat  hari Raya, وَكُلُّ عَامْ وَأَنْتُمْ بِخَيْر تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ dan semoga Allah meneruskan kehidupan kita dengan taqwa dan seterusnya kita dapat menzahirkan kesyukuran atas segala nikmat hidayah yang Allah kurniakan kepada kita sehingga ketika nafas kita masih lagi diberi peluang untuk hidup.

    Sinonimlah dengan hari raya kita saling bermaaf-maafan dan menyambung hubungan silaturahim bersama kelurga yang jauh maupun dekat. Manusia ini sering melakukan kesilapan dan tidak larilah dengan memohon kemaafan sesama manusia.

    “ Dan perbuatan kamu bermaafan (yakni halal menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa.

    (Ayat 237: Al-Baqarah)

    Apakah erti maaf – Imam Ghazali : Maaf itu ialah apabila anda mempunyai hak untuk membalas lalu anda gugurkan hak itu, yakni tidak membalas dalam sebuah Hadis Kudsi Allah berfirman yang bermaksud :

    “Nabi Muhammad S.A.W telah bertanya kepada Allah, Wahai Tuhanku yang manakah hambamu yang lebih  mulia menurut pandanganmu. Allah berfirman :

    “Orang yang apabila berkuasa (mempunyai musuhnya) dapat segera memaafkan.”

    Hadis riwayat daripada Abu Hurairah

    Apa yang dapat difahami daripada hadis ini, hamba yang mulia di sisi Allah ialah mereka berhati mulia, bersikap lembut dan bertolak ansur. Mereka tidak membalas dendam terhadap seseorang yang ditawannya melainkan ia memaafkan kerana Allah semata-mata.

    Orang yang dapat menahan kemarahannya termasuk dalam golongan muttaqin, yakni yang bertaqwa kepada Allah. Allah akan memberi keampunan dan embalas mereka dengan syurga.

    Dalam sebuah kisah Saidina Ali – Pada suatu hari ketika beliau telah dimaki oleh seseorang tetapi beliau tidak membalas sebaliknya menghadiahkan orang itu sehelai pakaian dan wang 1000 dinar.

    Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda yang sangat disukai oleh Allah :-

    1. Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertaqwa.
    2. Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.
    3. Sifat tidak mahu memaafkan terhadap orang yang meminta maaf adalah sifat syaitan yang akan membawa kerosakkan dalam hidup bermasyarakat.
    4. Masyarakat akan aman dan damai jika ahli masyarakat ada sikap pemaaf dan memahami bahawa manusia tidak lepas daripada salah dan silap.

    Sabda Rasulullah S.A.W. ; “Orang yang paling gagah ialah orang yang dapat mengalahkan nafsu ketika marah dan orang yang paling sopan santun ialah orang yang memberi maaf sedangkan ia berkuasa membalasnya.

    Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri ini marilah sama-sama kita memohon maaf dan memaafkan sesama kita agar keharmonian kekeluargaan dan silaturahim kita diteruskan. Teruskanlah tradisi ziarah menziarahi sesama keluarga agar tradisi ini akan diteruskan dan amat disukai oleh Allah.

    Sebagai manusia kita berbeza pendapat, ideologi atau keinginan haruslah kita tetepikan dan semoga kita menjadi orang yang mampu berjihad melawan nafsu akan mampu memberi kemaafan.

    Tag:jomshare, peringatan, ustazustazahcom

    • Share:
    author avatar
    izzah

    Previous post

    KEINDAHAN PAHALA 6 SYAWAL
    April 26, 2023

    Next post

    JANGAN BUAT ORANG LARI!
    April 28, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023
    download (16)
    PENJAJAHAN HARAM ISRAEL DI BUKIT GOLAN
    30 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.