• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • MENUNTUT ILMU HANYA UNTUK DUNIA

    MENUNTUT ILMU HANYA UNTUK DUNIA

    • Posted by Ammar
    • Categories Blog, Checklist, Hadis, Iman, Keampunan
    • Date March 6, 2023

    Keikhlasan niat dalam setiap perkara dan amalan yang ingin dilakukan amat diutamakan apabila ianya melibatkan antara seorang hamba dengan Allah, seorang manusia dengan manusia yang lain serta seorang manusia dengan makhluk yang lain. Tambahan pula, apa yang diharapkan ialah keredhaan serta keampunan daripada Allah SWT. Oleh kerana kepentingan niat yang ikhlas ini jugalah yang cuba ditekankan oleh Imam An-Nawawi sehinggakan beliau meletakkan hadis berkaitan niat diawal kitab matan arbain yang dikarang olehnya. Niat yang betul dan baik menjadikan seseorang itu mulia di sisi Allah. Niat yang buruk pula menjadikan seseorang itu hina di sisi Allah walaupun kelihatan hebat di sisi manusia. Bagi penuntut ilmu, ilmu agama yang dipelajari perlulah jelas semata-mata untuk mendapat keredhaa Allah dan bukan untuk mengejar kepentingan peribadi semata. Jauhkan diri daripada menjadikan ilmu agama ini sebagai bahan dagangan untuk mencari keuntungan dunia.

    Dalam sebuah hadis, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang mempelajari suatu ilmu (belajar agama) yang seharusnya diharap adalah wajah Allah, tetapi ia mempelajarinya hanyalah untuk mencari harta benda dunia, maka dia tidak akan mendapatkan wangi surga di hari kiamat.” (Riwayat. Abu Daud). Berdasarkan hadis ini maka jelaslah betapa malangnya mereka yang menuntut ilmu semata-mata mencari kemewahan dunia. Penuntut ilmu agama yang sangat ditegah dalam Islam terdiri daripada beberapa golongan sepertimana yang disebut dalam sebuah hadis daripada Ka’ab bin Malik RA yang bermaksud:

    “Aku mendengar RasululLah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orangramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka”. (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majjah).

    Berdasarkan hadis ini jelas menceritakan ada 3 golongan penuntut ilmu agama yang dilaknat iaitu yang pertama mereka yang menuntut ilmu agama semata-mata untuk menyaingi para ulama. Dalam Islam, untuk berbahas atau berbincang dengan para ulama’ adalah perkara yang dibenarkan selagimana perkara dengan tujuan mencari kebenaran untuk mendapatkan redha Allah SWT. Namun sekiranya tujuan perbincangan, perbahasan tersebut hanya untuk kelihatan hebat berbanding para Ulama sehingga ingin diagungkan maka inilah yang dilaknat. Bahkan sehingga menolak sesuatu fakta yang sahih demi menjaga imej dan gelaran mulia yang dimiliki. Seterusnya ialah, golongan yang menuntut ilmu semata untuk berdebat dengan orang jahil. Perkara ini jauh tersasar kerana tujuan mempelajari ilmu agama ialah untuk membantu orang jahil supaya lebih dekat kepada Allah SWT bukan untuk berlaku sombong dihadapan mereka atas ilmu yang dimiliki. Golongan yang terakhir ialah, mereka yang menuntut ilmu agama semata-mata untuk mencari kedudukan atau pangkat dalam kalangan manusia agar dipandang mulia serta menjadikan ilmu agama itu sebagai cara untuk mendapat harta dunia. Kesalahan penuntut ilmu atau golongan ulama bukan kerana mereka mendapat habuan dunia atau kemasyhuran dari ilmu mereka, tetapi niat untuk memburu dunia dengan mempergunakan agama.Dari niat inilah lahirnya ulama jahat yang mempertaruhkan ilmu agama untuk mencari redha manusia. Semoga kita dijauhkan daripada menjadi golongan ini.

    Wallahualam

    • Share:
    author avatar
    Ammar

    Previous post

    Berlari Pulang Mengejar KeampunanNya
    March 6, 2023

    Next post

    PANDUAN DALAM MELAKSANAKAN IBADAH PUASA DI BULAN SYAABAN.
    March 6, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023
    download (16)
    PENJAJAHAN HARAM ISRAEL DI BUKIT GOLAN
    30 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.