• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • SUNAT JE PUN!

    SUNAT JE PUN!

    • Posted by Ammar
    • Categories Blog, Checklist, Hadis, Iman, Keampunan
    • Date June 6, 2023

    Sering kali apabila kita mendengar ada individu bertanyakan kepada individu yang lain “Kenapa tak solat sunat?” , “kenapa tak berkumur-kumur dahulu sebelum berwuduk?” atau apa sahaja amalan-amalan yang sunat untuk dilaksanakan kita akan mendengar sebahagian mereka menjawab “alaaa..sunat je pun..bukan wajib..” Inilah jawapan biasa yang sering kita dengari. Cuba fikirkan, adakah jawapan ini yang sepatutnya diberikan dan bagaimana fenomena pemikiran begini boleh ada dalam diri sebahagian besar umat Islam masa kini. Ramai yang seakan tidak sedar akan kelebihan amalan-amalan sunat ini bahkan mereka bersikap acuh tak acuh akannya.

    Kita perlu faham memang benar para ulama usul terdahulu telah membahagikan amalan-amalan sebagai seorang muslim kepada dua bahagian yang utama iaitu amalan yang wajib dan amalan yang sunat namun ianya bertujuan supaya umat Islam dapat membezakan mana amalan yang wajib dan mana amalan yang sunat. Pembahagian ini juga bertujuan agar umat Islam mendahulukan amalan yang wajib bagi mengelakan satu lagi fenomena dimana umat Islam berlumba-lumba melaksanakan yang amalan sunat sedangkan amalan yang wajib ditinggalkan dan hal ini tidak lain dan tidak bukan untuk mendidik umat Islam agar mengutamakan amalan yang wajib. Tetapi, meskipun bagitu ianya tidak bermaksud amalan-amalan sunat boleh dianaktirikan. Kata Syeikh Abdul Muhsin dalam Syarah Sunan Abu Daud 3/113 “manusia sepatutnya bersemangat mengerjakan amalan wajib dan tidak memandang ringan kepada amalan sunat”. Hal ini kerana boleh jadi apabila kita terbiasa dengan  memandang ringan amalan sunat menyebabkan kita akan akan meringankan amalan wajib.

    Sebagai umat Islam, sebagai hamba Allah yang penuh dosa sedarlah bahawa amalan-amalan sunat inilah yang menjadi talian hayat kita untuk menambah seberapa banyak bekalan pahala kita untuk kita bawa dihadapan Allah kelak. Bahkan sebahagian amalan sunat ini mampu menjadi penampung kepada amalan wajib yang kurang sempurna. Yakinlah kepada janji Allah SWT bahawa Dia akan mencintai hambanya-hambanya yang bersungguh-sungguh melaksanakan amalan sunat. Dalam sebuah hadis kita dapat lihat dengan jelas dimana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda Allah berfirman yang bermaksud:

    “Sesiapa yang memusuhi wali-waliku, Aku menyatakan perang kepadanya. Hamba-hambaku akan dekat denganku apabila dia melakukan apa yang aku suka daripada apa yang telah aku wajibkan kepadanya. Jika hambaku terus menerus mendekatkan diri kepadaku dengan amalan sunat, maka aku mencintainya. Jika aku telah mencintainya, maka Akulah pendengaran untuk dia mendengar, dan penglihatan untuk dia melihat, dan tangan untuk dia bekerja, serta kaki untuk dia berjalan. Jika dia meminta kepadaku, Aku akan memberinya, dan jika dia meminta perlindungan kepadaku, Aku akan melindunginya. Aku tidak pernah merasa ragu untuk melakukan sesuatu dibawah kekuasaan-Ku, termasuklah untuk mencabut nyawa seorang mukmin, Aku tidak menyukai jika dia merasakan kesakitannya. (Hadis Riwayat Bukhari 8/131)

    • Share:
    author avatar
    Ammar

    Previous post

    KETOKOHAN IMAM HAFS
    June 6, 2023

    Next post

    Cara Urus Jenazah Saat Banjir
    June 7, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023
    download (16)
    PENJAJAHAN HARAM ISRAEL DI BUKIT GOLAN
    30 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.