• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • TIPS MARKAH BONUS DIBULAN RAMADHAN

    TIPS MARKAH BONUS DIBULAN RAMADHAN

    • Posted by izzah
    • Categories Blog, Ramadhan
    • Date March 20, 2023

    Alhamdulillah beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Ramadhan. MashaAllah, Marilah sama-sama kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan kegembiraan dan persediaan yang rapi. Mudah-mudahan kita semua diberikan keberkatan, keimanan, keselamatan untuk kita menjadi benar-benar mampu untuk menempuhi Ramadhan dengan acara-acara ibadah yang berlipat kali ganda ganjarannya.

    Daripada Talhah bin Ubaidillah RA, Rasulullah ﷺ berdoa apabila melihat anak bulan Ramadhan.

    اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ

    Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”

    Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya (1397). Syeikh Ahmad Syakir mengatakan isnadnya hasan manakala Syeikh Syu’aib al-Arnaut mengatakan hadith ini hasan dengan syawahid yang lain.

    Ada juga doa yang diamalkan oleh salaf as-soleh apabila datangnya Ramadhan iaitu doanya:


    اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

    Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”

    Diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Du’a (913) dan Abu Nu’aim al-Asbahani di dalam Hilyah al-Auliya’ (3/69


    Persiapan Ramadhan untuk menjadi Ramadhan Terbaik

    • Niat


    Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya karena dunia atau karena wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.” (HR. Bukhari, Muslim, dan empat imam Ahli Hadits).

    Berdasarkan hadith tersebut, tanpa niat maka ianya tidak dikira sebagai ibadah boleh jadi hanya menjadi adat kebiasaan sahaja. Persiapkan niat kita untuk mengahadapi Ramadhan ini hanya kerana Allah ﷻ. Jika jantung hati telah terfokus hanya untuk mencari keredhaan Allah ﷻ maka amal perbuatannya selepas itu akan menjurus kepadanya juga.

    • Berdoa

    Al-Imam Ibn Rejab al-Hanbali Rahimahullah di dalam kitabnya, Lataif al-Ma’arif menukilkan daripada Ma’la bin al-Fadhl: “Adalah mereka (golongan salaf) berdoa kepada Allah ﷻ selama enam bulan supaya disampaikan kepada mereka bulan Ramadhan dan enam bulan lagi supaya Allah ﷻ  menerima daripada mereka amalan mereka”.

    Kita juga telah diajar untuk mengamalkan doa untuk sampai ke bulan Ramadhan dari bulan Rejab lagi. Maka dengan itu, kita perlulah banyak berdoa untuk diberi kerahmatan, bertemu dengan malam Al-qard dan mendapat kekuatan melaksanakan ibadah pada Bulan Ramadhan. Apabila menjadi kebiasaan, InshaAllah di bulan Ramadhan kita akan berganda-ganda berdoa sehingga bertemu dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan.

    • Perbanyakkan membaca Al-Quran

    Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa. Di dalamnya diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk buat sekalian manusia. Firman Allah ﷻ:

    شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ

    Maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. 

    (Al-Baqarah: 185)

    Mari kita lihat keadaan salaf dalam mengagungkan Al-Quran ketika bulan Ramadhan, semoga dengannya dapat membangkitkan semangat kita dalam beramal soleh:

    1. Ibrahim al-Nakha’i Rahimahullah meriwayatkan bahawa al-Aswad mengkhatamkan bacaan Al-Quran dalam bulan Ramadhan setiap dua malam sekali. [Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 4/51]
    2. Adalah Qatadah Rahimahullah mengkhatamkan Al-Quran pada setiap tujuh hari sekali. Ketika tibanya Ramadhan, beliau mengkhatamkan Al-Quran pada setiap 3 hari sekali. Manakala ketika tibanya sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan, beliau mengkhatamkan Al-Quran sekali pada setiap hari. [Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 5/276]
    3. Daripada Mujahid Rahimahullah bahawasanya beliau mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan sebanyak sekali pada setiap malam. [Lihat Al-Tibyan li al-Nawawi, hlm. 74].
    • Bersedekah & Memberi Makan

    Banyaknya Nabi ﷺ bersedekah pada bulan Ramadhan menunjukkan bahawa bersedekah pada bulan ini terdapat kelebihannya yang tersendiri. Dalam sebuah hadith riwayat Anas RA menyebutkan:

     Ditanyakan Nabi ﷺ  puasa apakah yang terbaik selepas Ramadhan? Jawab Nabi ﷺ: Puasa di bulan Sya’ban untuk mengagungkan Ramadhan. Ditanya lagi sedekah apakah yang paling afdhal. Jawab Nabi ﷺ: Sedekah di bulan Ramadhan.

    Riwayat Al-Tirmizi (663) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini gharib.

    Apabila kita meneliti dari hadis ini bermakna sedekah yang paling besar ganjarannya adalah bersedekah pada Bulan Ramadhan. Bulan yang agung ini kita lalui pada setahun sekali sahaja, maka dengan itu hendaklah kita perbanyakkan bersedekah dan memberi makan kepada oran yang berpuasa seperti mafhum hadis Nabi Muhammad S.A.W : Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.

    • Qiyam

    Qiyam yang dimaksudkan di sini ialah  dengan menghidupkan malam hari di bulan Ramadhan dengan beribadah kepada Allah ﷻ. Disunatkan bagi kita untuk menunaikan solat sunat yang dikenali dengan Solat Taraweh secara berjemaah ataupun bersendirian.

    Rebutlah peluang ini serta ditambahkan lagi dengan amal-amal yang lain di siang harinya agar tawaran yang telah disediakan oleh Allah ﷻ ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita.

    Telah berkata Dr. Sayyid al-Affani: “Kita mendapati golongan salaf yang terdahulu menyambut Ramadhan dengan taubat nasuha kepada Allah ﷻ dan kembali kepada-Nya dengan mengerjakan ketaatan, memperbaiki diri sama ada dalaman dan luaran, bersedia dengan bersungguh-sungguh untuk melakukan ibadah puasa, solat, membaca al-Quran, berzikir dan semua jenis ibadat.”

    Moga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita semua. Mudah-mudahan madrasah Ramadhan ini menjadikan kita sebagai mukmin dan muslim yang bertaqwa dan mengambil kesempatan bulan ini untuk bertaubat kepada Allah. Ingatlah sabda Nabi ﷺ:

    مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

    Maksudnya: Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah ﷻ, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

    Riwayat Al-Bukhari (38)

    Tag:ustazustazahcom

    • Share:
    author avatar
    izzah

    Previous post

    <strong>APA ADA PADA MUHARRAM?</strong>
    March 20, 2023

    Next post

    INI PELUANG KITA !
    March 23, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023
    download (16)
    PENJAJAHAN HARAM ISRAEL DI BUKIT GOLAN
    30 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.