INI PELUANG KITA !
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَۙ
“Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan keatas kamu untuk berpuasa sepertimana diwajibkan keatas golongan sebelum kamu, agar kamu bertakwa”
Alhamdulillah, kita diberi peluang oleh Allah SWT sekali lagi untuk bertemu dengan satu bulan yang penuh barakah, penuh kemuliaan iaitu bulan ramadan. Bahkan kita perlu sentiasa bersyukur kerana disana ada insan yang tidak diberikan peluang untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Maka, jika kita renungi dan hayati firman Allah dalam ayat diatas kita akan faham bahawa ayat ini bukan sahaja ingin menunjukan perintah kewajipan berpuasa, namun yang ingin kita perhatikan ialah dihujung ayat ini dimana terdapat perkataan لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْن yang bermaksud “ Agar kamu bertakwa.
Maka pasti kita semua tertanya-tanya bagaimana dengan puasa ini mampu mendidik kita menjadi seorang hamba Allah yang bertakwa. Oleh itu, kita kene faham dahulu maksud ramadan. Ramadan dari sudut bahawa bermaksud panas yang membakar. Bila kita lihat dalam tafsir Qurtubi, Imam Qurtubi tafsirkan panas yang membakar itu menunjukan ramadan ini mampu membakar dosa-dosa manusia melalui perbuatan amal soleh. Dari sini sudah jelas bagaimana dengan berpuasa itu mampu menjadikan seseorang itu bertakwa ialah dengan memperbanyakan amalam kepada Allah SWT. Bahkan, kita perlu rasa sangat beruntung kerana tidak semua hamba Allah yang diberikan ruang dan peluang untuk bertemu dengan ramadan kali ini. Maka, sepatutnya kita menggunakan peluang ini sebaik mungkin dengan memperbanyakan ibadah kepada Allah SWT untuk kita tuai seberapa banyak pahala dan ganjaran yang boleh kita peroleh sebagai bekalan kita di akhirat kelak. Allah SWT dan Rasul-Nya juga berjanji bahawa setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia itu akan dilipat gandakan pahalanya. Lihatlah betapa “special” bulan ramadan ini berbanding bulan-bulan yang lain. Betapa besar dan luasnya rahmat Allah kepada mereka yang menjalani bulan ramadan ini dengan penuh keimanan.
Selain itu, meskipun kita digalakan untuk memperbanyakan amalan di bulan ramadan untuk satu tingkat menjadi hamba yang bertakwa, ada satu perkara lagi yang perlu kita laksanakan untuk menjadikan kita benar-benar bertakwa. Tinggalkan segala perkara yang sia-sia, segala dosa yang sering kita lakukan. Ada orang, dia banyak beribadah kepada Allah SWT, namun dia tidak menjaga dirinya daripada melakukan dosa seperti mengumpat, memfitnah, mencerca dan sebagainya. Maka menghindarkan diri daripada melakukan dosa juga merupakan syarat untuk kita menjadi hamba Allah yang benar-benar beriman kepadanya.
Kutiplah sebarapa banyak pahala dan ganjaran yang kita mampu peroleh daripada bulan ramadan kali ini. Mereka yang beriman, akan merasakan diri mereka sentiasa tidak pernah cukup dengan amalan sehingga membuatkan mereka bersungguh-sungguh beribadah terutama dibulan ramadan ini. Mudah-mudahan kita mampu menjadi hamba Allah yang sentiasa dibawah naungan rahmat dari-Nya.