• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Ramadhan

    • Home
    • Blog
    • Ramadhan
    • <strong>MEMBONGKAR FADHILAT RAMADAN</strong>

    MEMBONGKAR FADHILAT RAMADAN

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Ramadhan
    • Date March 7, 2023

    Banyaknya keistimewaan bulan Ramadan, MasyaAllah.. Pasti kita sebagai umat Islam ternanti-nanti akan nikmatnya menjalani ibadah puasa. Dalam Ramadan, umat Islam dianjurkan untuk banyak berdoa dan berbuat kebaikan, baik dalam konsep Hablum Minallah (hubungan manusia dengan Allah SWT), mahupun Hablum Minannas (hubungan antara sesama manusia) untuk mendapatkan redha Allah SWT.

    1. DIBUKA PINTU SYURGA SELUASNYA DAN DITUTUPNYA PINTU NERAKA

    “Apabila masuk Ramadan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” (Muttafaq ‘alaih)

    Di dalam bulan Ramadan, orang akan lebih sibuk mengerjakan kebaikan daripada mengerjakan maksiat yang membolehkan mereka masuk ke dalam syurga melalui pintunya. Keadaan pintu neraka yang tertutup dan syaitan yang terbelenggu pula membolehkan seseorang lebih mudah menjauhkan diri daripada mengerjakan maksiat.

    1. BULAN DITURUNKAN AL-QURAN

    Bulan Ramadan ialah satu-satunya bulan dalam Islam yang jelas disebutkan dalam Al-Qur’an. “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur’an…”, Surah Al-Baqarah: 185.

    Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan yang membezakan (antara yang hak dan yang batil).

    1. RAMADAN ADALAH BULAN PENUH BERKAH

     “Telah datang Bulan Ramadan, bulan penuh berkah, maka Allah SWT mewajibkan kalian untuk berpuasa pada bulan itu, saat itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, para syaitan diikat dan pada bulan itu pula terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan.” (HR Imam Ahmad)

    1. BULAN PENGHAPUSAN DOSA-DOSA. 

    “Hinalah seseorang yang apabila Ramadan datang kepadanya, lalu dia melaluinya begitu sahaja (menghabiskannya) tanpa diberikan keampunan kepadanya”. Riwayat Imam Ahmad. 

    1. BULAN LAILATUL QADAR

    Lailatul Qadar adalah salah satu malam pada malam-malam terakhir di bulan Ramadan. Bahkan disebutkan bahawa malam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan.

    “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin TuhanNya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.” (Al-Qadr, 1-5)

    1. MEMBERI MAKAN SEBANDING BERPUASA SEHARIAN.

    “Barangsiapa memberi perbukaan (makanan atau minuman) kepada orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.” (Riwayat Imam Ahmad)

    1. SEDEKAH TERBAIK SAAT BULAN RAMADAN

    Sedekah apakah yang paling mulia? Beliau menjawab: “Yaitu sedekah dibulan Ramadan.” (HR Tirmidzi)

    Allah SWT telah menggandakan amalan yang dilakukan di dalam bulan Ramadan berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. 

    1. BULAN PEMBEBASAN DARIPADA API NERAKA & DIMAKBULKAN DOA

    Sesiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah SWT, Allah SWT akan menjauhkan dirinya daripada neraka sejauh 70 tahun perjalanan”, Riwayat Imam Bukhari. 

    “Sesungguhnya bagi Allah SWT orang yang dilepaskan daripada api neraka pada setiap hari dalam bulan Ramadan. Dan sesungguhnya setiap orang Islam mempunyai doa yang jika dia berdoa dengannya, akan diperkenankan untuknya.” Riwayat Imam Al-Bazzar. 

    “Tiga doa yang mustajab (diperkenankan): Doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir”, Riwayat Imam Al-Baihaqi. 

    “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka memiliki doa yang tidak akan ditolak”, Riwayat Imam Ibnu Majah. 

    1. PANDANGAN RAHMAT ALLAH SWT PADA MALAM PERTAMA RAMADAN

    “Sesungguhnya apabila datang malam pertama bulan Ramadan, Allah SWT melihat mereka (dengan pandangan rahmatNya) dan sesiapa yang dilihat oleh Allah SWT, Dia tidak akan mengazabkannya selama-lamanya.

    1. BAU MULUT ORANG YANG BERPUASA LEBIH HARUM DARIPADA KASTURI

    “Sesungguhnya bau mulut mereka ketika waktu siang (berpuasa), lebih harum di sisi Allah SWT daripada bau kasturi.”

    1. KEAMPUNAN UNTUK SESIAPA YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT SEPANJANG BULAN RAMADAN

    “Sesungguhnya para Malaikat memohon keampunan untuk mereka pada setiap hari

    dan malam.”

    1. DIKURNIAKAN SYURGA DAN MENDAPAT KEAMPUNAN DI AKHIR MALAM RAMADAN

    “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan syurgaNya, lalu berfirman kepadanya, “Bersedialah dan berhiaslah untuk hamba-hamba-Ku. Aku mengharapkan mereka beristirehat daripada kepenatan dunia menuju ke istana-istana (kurniaan)Ku dan kemuliaan-kemuliaanKu.”

    “Sesungguhnya apabila datang akhir malam (bulan Ramadan), Dia (Allah) mengampunkan mereka semuanya.”  Riwayat Imam Al-Baihaqi.

    1. BULAN HARI RAYA

    “Dua bulan yang tidak akan berkurang, itulah dua bulan hari raya, bulan Ramadan dan Zulhijjah.” Riwayat Imam Bukhari.

    Imam Ishaq bin Rahawaih mengatakan bahawa walaupun bilangan hari antara keduanya ada perbezaan, kelebihan (fadhilat) kedua-dua bulan ini tetap sempurna. Imam Bukhari pula mengatakan tidak mungkin ada kekurangan di antara kedua bulan ini.

    1. SYURGA UNTUK ORANG YANG MENINGGAL DALAM KEADAAN BERPUASA.

    “Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan berpuasa pada suatu hari, dia akan masuk syurga.” Riwayat Imam Al-Bazzar.

    1. MENGHILANGKAN SIFAT PEMARAH/ DENDAM/ PERMUSUHAN/ MARAH DALAM HATI.

    “Berpuasa pada bulan kesabaran (Ramadan) dan 3 hari setiap bulan (hijriyyah), akan menghilangkan kemarahan/ dendam/ permusuhan/ marah dalam dada”, Riwayat Imam Ahmad.

    1. SELALU BERADA DALAM KEBAIKAN JIKA MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA.

    “Manusia sentiasa berada di dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa”, Riwayat Imam Bukhari.

    Akhir kata, semoga Allah SWT menganugerahkan kita taufiq dan hidayahNya untuk melaksanakan ibadah dengan ikhlas kepadaNya di bulan Ramadan yang mulia ini. Marilah kita merebut peluang yang datang hanya setahun sekali ini untuk memanfaatkannya dengan sentiasa beribadah dan melakukan kebaikan setiap masa. InsyaAllah. 

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    TADABBUR KALAMULLAH : KISAH PEMILIK DUA KEBUN (1)
    March 7, 2023

    Next post

    CINTA YANG SUCI
    March 10, 2023

    You may also like

    WhatsApp Image 2023-06-22 at 09.05.47
    BUKAN BERJAYA SEORANG
    22 June, 2023
    WhatsApp Image 2023-05-26 at 17.48.05
    PROGRAM TEENS TALK- NADI AL-QURAN
    26 May, 2023
    puasa syawal
    KEINDAHAN PAHALA 6 SYAWAL
    26 April, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.